Monday, June 22, 2009

.: Resepi Hari Ini - Bening Labu Air :.




Bahan-Bahan:

1. 1/2 biji Labu Air (boleh juga digantikan dengan bayam, kentang, daun belinjau, labu, sawi)

2. Sedikit Carrot

3. 1 biji Bawang Merah

4. 1 ulas Bawang Putih

5. Sedikit Ikan Bilis

Cara-Cara Membuat:

1. Kupas kulit labu air. Potong labu air mengikut bentuk yang di sukai.
2. Kupas n potong carrot


3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.


4. Rebus 3 cawan air.

5. Bila air menggelegak, masukkan bahan2 yang ditumbuk. Biarkan 2-3 minit.

6. Selepas itu, masuk kan pula labu air n carrot.

7. Masak sehingga labu air n carrot lembut.

8. Last sekali, masukkn sedikit garam mengikut citarasa.


Sedia untuk dihidangkan. Sesuai di makan bersama nasi putih atau makan macam tu je.


~ Selamat Mencuba ~

p/s: Kenapa nama dia bening? tu term dalam bahasa jawa. Biase nye org sebut labu masak air/bayam masak air etc..
p/s: sesuai dimakan untuk berdiet sebab xde minyak dlm masakn ni. kalo nk rasa pedas sket, boleh tambah lada sulah.

.: Resepi Hari Ini - Garlic Bread :.


Bahan-Bahan:

1. Baguette @ Roti Perancis (Kalo korg xde roti perancis ni, boleh jugak digantikn dengan roti biase)
2. 4 biji bawang putih(Garlic)

3. Sedikit Marjerin (Butter)

4. Sedikit Daun Parsley -> roti yang aku buat hari ni tidak menggunakan daun parsley sebab xde kat rumah.


Cara - Cara Membuat Garlic Bread:

1. Potong Baguette secara menyerong. Susun di atas dulang pembakar

2. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu (kalo xsuka, boleh jugak korg potong halus2 bawang putih)

3. Gaul bawang putih dengan marjerin

4. Sapukan campuran marjerin+bawang putih di atas Baguette dan di bawah Baguette (kalo ada daun parsley, boleh ditaburkan di atas lapisan marjerin+bawang putih)


5. Bakar selama 10 minit


Garlic Bread ni sedap di makan macam tu sahaja atau pun di makan bersama mushroom soup.




~ Selamat Mencuba ~

Picnic di Hari Minggu

Cuaca sangat baik di hari minggu. Sempena Hari Bapa, kitorg g ber picnic kat Taman Rimba Ampang. Jauh btul kene berjalan nak sampai kat tempat mandi.

Sebelum mandi, kitorg g makan kenyang kn perut masing2. Pagi tu ayah aku masak rendang, ketupat segera, n sandwich. Yummy!! :) Semua yang ayah aku masak sedap2 btul.



Dah kenyang, mula lah sesi mandi manda. sejuk gile!!


- sempat lagi makan atas batu tu -


- ini hadiah Father's Day utk tahun ni -


~ Selamat Hari Bapa ~

Tuesday, June 16, 2009

Ikan Bakar Umbai

** Update 18 March 2010: Siapa2 nak direction to Umbai Ikan Bakar, u can refer to this entry (Direction to Umbai) ** 

Weekend haritu aku balik kampung jenguk nenek aku. dah lame xbalik sna. kalo sape2 yang xtau, aku ni org muar.

Sampai kampung je, aku trus amik nenek aku dr rmh makcik aku yang duduk 1 kampung. nenek aku xberani tido malam sorg2 kat rumah dia sbb dh banyak kali rumah dia kne pecah masuk. sampai2 je kt rmh mkck aku, kitorg dihidangkn dengan durian n manggis.musim buah dh bermula :)

Esoknye besday adik aku farah. ayah aku ajak nenek and family makcik aku pegi makan2 skali kat Umbai. Nyum2..tempat fav aku tu.

Kalo korg nak cari ikan bakar umbai ni, aku suggestkn korg pegi kat medan ikan bakar yang lama tu, bukannye kat medan ikan bakar terapung. Pastu kat situ banyak gerai. so aku suggest korg pegi kedai no.1 (d'Muara Ikan Bakar) n gerai yang paling ujung kat jeti (Ikan Bakar Parameswara).

Korg layankn jela gambar2 ni. xsempat nak amik gamba food yang kitorg order sebab semua org tgh lapar. food sampai trus ngapp je :P

- Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai -


- Ikan Bakar Parameswara -


- Seafood yg Fresh -

- Ayah n Nenek -

- Cik Nah n Cik Nani (Mkck n Pkck aku) -

- My Cousins (Aida n Razif) -

- Ayu with the trophy :P (No meja tu ) -

- boleh makan atas bot jugak -

- harga yg berpatutan for 2 families -

- keluar gak muka aku -

p/s: sape2 yang nak tau jalan untuk pergi kat ikan bakar umbai ni, sila contact aku through chatbox or tinggalkn je comment kat post ni. Aku akan contact korg plak nnt. :)

Thursday, June 11, 2009

Mukaku dah gelap

Title tu adalah benar. Muka aku ni dah gelap hasil daripada perjalanan di terengganu n kelantan. Cuaca tersangatla panas sampai boleh bakar muka aku ni dalam masa 3 hari.

sampai2 opis je tadi, ofismate aku tego. Apsl muka ko ni gelap sangat?ko pegi main pantai ke?ke ko xsihat?ke ko ni dah gain weight sbb nmpk cm sembab muke tu.

Macam2 soklan klua dr mulut diorg. aku malas nak jawab. cakap je kene matahari. kulit xtahan dengan matahari.

kalo korg nak tau, muka aku ni ade 2 tone. 1 cerah n 1 lg sangat cerah. masa form 4 dulu aku masuk kadet. so tiap2 hari terpakse berjemur tengah2 panas sampai terbakar kulit muka ni. It takes time to pulihkn n putihkan balik kulit muka aku ni. smpai sekarang ni still xok lg. ni dengan sunburn terbaru, makin lambatla aku nk cerah balik.

Ronda2 Kelantan

Hari Isnin tu kitorg pegi Kelantan plak. Kat sna kitorg g jalan2 kat Pasar Siti Khadijah, Rantau Panjang n Pengkalan Kubur je sebab nak beli barang (of cos la baju2 n barang2 katering ayah aku):)




Berjaya jugakla aku menawar2 harga blaus n pants kat sna. Kalo kat KL or buat online shopping, harga msti RM50 n above. tp kat sna aku dapat 1/2 price.

Adik2 aku semua mengendeng x hengat. lepas amik ape yang diorg nk msti diorg cakap kuat2..

"Along, cepat bayar kitorg pnye barang ni. Ayah xpayah kluakn duit "

Xbanyak tempat pun kitorg pegi sbb b4 dis dh banyak kali pegi sna.


Aku balik putrajaya petang semalam lepas pegi wedding staff ofis ayah aku. around kul4 kitorg gerak from pengkalan chepa. Kul 12 mlm sampai kat rumah. Fuhh!!punyela penat dok dalam kereta tu. Dahla 1st time lalu machang-kuala krai-gua musang-kuala lipis-raub-bentong-karak-putrajaya. before ni aku slalu ikut terengganu-muadzam shah-segamat-muar sbb dulu2 aku dok muar.

Stadium Runtuh


Malam masa aku sampai Terengganu tu, ayah aku bawakla kitorg semua pusing2 bandar terenganu. Actually, ayah aku ni kire terer la jugak selok belok bandar terengganu sebab dia selalu ade keje kat sna. Kitorg 1 family slalu gak pegi sna masa zaman aku still skola.

Lepas pusing2 tu, ttibe teringat pasal stadium yang runtuh kat Gong Badak. So, ayah aku pun bawakla kitorg kat tempat kejadian. Keliling stadium tu dh kne seal dgn tape kaler kuning sbb xnak kasi orang masuk kat situ.

sempatla jugak aku amik gamba. tp sebab kamera kurg bkualiti, so camni jela hasilnye.
Dahsyat btul runtuhan tu. cmne la kontraktor tu buat keje smpai runtuh akhirnye.


1 hour waiting 4 Keropok Lekor

After di recommend oleh taxi driver and also kawan ayah aku, kami telah pegi ke Seberang Takir untuk mendapatkn keropok lekor yang dikata kn lebih sedap dan enak daripada keropok losong. Sampai2 kat sana, orang punyela ramai. Dengan panas yg xhenggat pnye, adik aku pn pegila beratur belakang makcik2 and pakcik2 yang datang nak beli keropok lekor.

Aku tengok orang xbgerak2 lagi since kitorg smpai. rupenye, keropok nye belum masak lagi sebab kedai tu baru je buka. Dekat 1 jam jugakla kitorg tunggu sampai adik aku pitam sebab cuaca terlampau panas n haba dari dapur rebus keropok tu.

Aku tengok, diorg buat keje dalam keadaan yang teratur n bersih. diorg gune machine masa buat keropok tu. kadang2, ade certain kedai tu aku takut gak nak singgah pegi beli sebab tengok keadaan sekeliling kedai tu yang x berapa bersih.

After 1 hour, dapatla jgk kitog beli keropok yang still lagi panas br angkat dr dapur. Berbaloi jugakla tunggu 1 jam sebab keropok lekor ni lembut, ikan banyak n xde tulang langsung. sebab tu la glemer. orang yang naik brabus pn siap datang n beratur beli keropok kat sni.

- alamak, xnmpakla plak no. bape kedai tu.tlindung dengan kereta -

- panjangnye queue -


- diorg rebus gune kayu api -


Kalo korg nak pegi beli, ikut je jalan nak pegi Airport kat seberang takir. pastu nanti korg akan nampak 1 kedai beratap biru n kereta yang sangat banyak kat laman kedai tu. Haa..tula tempat yang aku beli.

Masjid Kristal Terengganu

Weekend hrtu, aku n my family except my lil brother pg jalan2 kat Terengganu n Kelantan. Saje je ronda2 jalan sana.dah lame sebenarnye xpegi jalan 1 family. Kebetulan plak one of staff kat ofis ayah aku tu kawin kat Pengkalan Chepa, so kitorg pn pegila skali wedding dia.

Kitorg jalan2 kat Terenganu on 1st day. Lepas check-in kat otel, kitorg g jalan melawat Masjid Kristal, one of Terengganu's attraction.

- Taman depan Masjid Kristal -

- Zoom In Masjid Kristal -

- Zoom Out -

- Ayu n Ayah -

- me n ayah :) -


- Yeah!! I can touch the Kubah -

- belakang tu jambatan terengganu -

- hoho! jambatan terengganu di dlm genggaman ku :P -

- ceh! nak tiru jgk -


- ukiran ceiling masjid -









Kat depan Masjid Kristal tu ade Taman Tamadun Islam yang merangkumi replika Masjid2 yang terkenal kat serata dunia. Aku xsempat nak masuk sebab dh lewat. RM 10 per entry for adult and RM 5 per entry for children.

p/s: Kami pg berempat. Tp sorg lg adik perempuan aku tu ttibe je merajuk. so xdela dia dlm gamba ni. Adik lelaki aku ddk kampung.
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.