Monday, June 22, 2009

.: Resepi Hari Ini - Bening Labu Air :.




Bahan-Bahan:

1. 1/2 biji Labu Air (boleh juga digantikan dengan bayam, kentang, daun belinjau, labu, sawi)

2. Sedikit Carrot

3. 1 biji Bawang Merah

4. 1 ulas Bawang Putih

5. Sedikit Ikan Bilis

Cara-Cara Membuat:

1. Kupas kulit labu air. Potong labu air mengikut bentuk yang di sukai.
2. Kupas n potong carrot


3. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga lumat.


4. Rebus 3 cawan air.

5. Bila air menggelegak, masukkan bahan2 yang ditumbuk. Biarkan 2-3 minit.

6. Selepas itu, masuk kan pula labu air n carrot.

7. Masak sehingga labu air n carrot lembut.

8. Last sekali, masukkn sedikit garam mengikut citarasa.


Sedia untuk dihidangkan. Sesuai di makan bersama nasi putih atau makan macam tu je.


~ Selamat Mencuba ~

p/s: Kenapa nama dia bening? tu term dalam bahasa jawa. Biase nye org sebut labu masak air/bayam masak air etc..
p/s: sesuai dimakan untuk berdiet sebab xde minyak dlm masakn ni. kalo nk rasa pedas sket, boleh tambah lada sulah.

6 comments:

farah said...

peh rajinnye ko masak pade hari2 bekerja ni iylia..hehehe

stormz said...

bukannye aku masak time keje la. ni semalam pnye hasil masakan. aku wt autopublish entry2 ni. xkuase nak type kt opis

vagg. said...

lauk nih makan ngan ikan goreng/panggang then cicah sambal belacannnn.. sangat marvelloussssssssss

oh btw.. salam singgah..

stormz said...

Hi Vagg..
Thanks sudi singgah blog ni. sy slalu stg blog awk.

incik nobody said...

adoi...jadi lapar bile tengok..hu2

stormz said...

kalo lapa pgla mkn
hikhikhik :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.