Monday, June 22, 2009

.: Resepi Hari Ini - Garlic Bread :.


Bahan-Bahan:

1. Baguette @ Roti Perancis (Kalo korg xde roti perancis ni, boleh jugak digantikn dengan roti biase)
2. 4 biji bawang putih(Garlic)

3. Sedikit Marjerin (Butter)

4. Sedikit Daun Parsley -> roti yang aku buat hari ni tidak menggunakan daun parsley sebab xde kat rumah.


Cara - Cara Membuat Garlic Bread:

1. Potong Baguette secara menyerong. Susun di atas dulang pembakar

2. Tumbuk bawang putih sehingga lumat dengan menggunakan lesung batu (kalo xsuka, boleh jugak korg potong halus2 bawang putih)

3. Gaul bawang putih dengan marjerin

4. Sapukan campuran marjerin+bawang putih di atas Baguette dan di bawah Baguette (kalo ada daun parsley, boleh ditaburkan di atas lapisan marjerin+bawang putih)


5. Bakar selama 10 minit


Garlic Bread ni sedap di makan macam tu sahaja atau pun di makan bersama mushroom soup.




~ Selamat Mencuba ~

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.