Saturday, October 31, 2009

Siapa Stormz?!



Hi, I'm Iylia. Dah 4tahun kerja dalam industri pelancongan. 
 

Nuffnang Buffered Earnings

Perasan x kat blog aku ni ade 3 campaign@advertisement yg tengah berjalan?
I'm one of yang dapat buffered earnings tu.hehee. 3 ads tu la yg tengah berlegar2 dalam blog ni. tu pun kalo korg perasan la.


Buffered earnings tu ape? Nak cite la ni.
Kalo korg semua bertuah, advertiser akan pilih blog korg untuk diorg iklankn produk. Xsemua blog diorg pilih. diorg amik blog yang ade potential untuk kasi benefit kat company diorg.


Macam mane nak dapat?
1st,Korg kenala maintainkan traffic kat blog korg. blog aku ni pn kadang2 tinggi,kadang2 rendah gak. depends on entry yang aku letak. title entry letak la yg best2 sket or yang mcm buat kontriversi sket. konpem rmai yang terjah nanti.


2nd, jangan letak widget2 yg boleh menyemakkn blog korg especially kat bahagian sidebar, header.


3rd,rajin2la update.


Ramai jugakla blogger yg dapat buffered earning. kalo korg rasa2 nak dapat, ikutla tips2 yang xseberapa tu dari aku.

Friday, October 30, 2009

Lepas Makan...

perut jadi senak..

owhh..plz help me..xboleh nak buat keje.senak sangat.

abesla hasil2 jogg ni.naik balik lemak kat badan ;p

Wednesday, October 28, 2009

Berjogging lagi

Semalam aku pegi jogging lagi. tapi semalam, xla keseorangan sebab ade ofismate join skali pegi jogging. xde la bosan sangat cam 1st time aritu.

Jauh jugakla jogging semalm.more than 1km.Yeah!!

Buat situp sket, pumping sket.nak kuatkn balik abdomen yg dh cm hmm.... (xmao cakap.hehe)

Jom Tengok Project Alpha

Korang tau x Project Alpha tu pe?
Ape?! xtau...
xpe2..sni aku nak kasi info sket.

"Project Alpha is Malaysia’s first online TV Show about bloggers. It is a fast paced, fast cut, lifestyle-driven show tailor made for the online market which provides increased recognition of the expanding role and influence of bloggers across the nation."
(credit to Nuffnang)
Ade 7 orang top blogger dalam Project Alpha ni.




beautifulnara.com (Gosip2 artis ade kat sni.hehe)


nicolekiss.blogspot.com


budiey.com (Sni pn ade gosip)


redmummy.com (My favourite blogger)
- She loves RED very much. Banyak info boleh dapat dari blog merah.




fourfeetnine.com


kennysia.com

sixthseal.com

Jojo Struys jadi hos untuk program ni.

"Hosted by Jojo Struys (jojostruys.com), Project Alpha will be aired on www.nuffnang.com.my/projectalpha and www.hitz.fm daily for 7 weeks starting on 18 September 2009. Each episode is approximately 3 minutes and aims to deliver diverse content just for you." (credit to Nuffnang)
Klik sni kalo korg nak tengok.

Terjebak dengan Farmville


Nampaknye aku ni dah terjebak dengan FARMVILLE. Balik dari keje je, mesti dok mengadap pc lg. hehhe..abesla rosak mata ni ;p

Pagi2 sampai ofis, aku g tanam pokok2 dlu.malam, baru dapat harvest.
ni pengaruh orang2 kat opis yg dok main game ni tiap2 hari.

Korang jadila neighbour aku!!

Tuesday, October 27, 2009

Photos everywhere

Pagi raya

Gambar2 kat bawah ni semua time raya. biarla orang lain cakap raya dh abes ke hape. aku nak jugak tepek gamba2 ni.heheh
Sukatila!! :)

IMG_3902

-my family (sorg lagi xde.mmg xsuke bgamba)-


IMG_3898


edit_2


IMG_3904

-with my aunt's family-

IMG_3908

-cousins sebelah arwah mak-

IMG_3911

-itu atuk saya (sudah tua)-

IMG_3932

-celebrate birthday nadia(baju ijau) n Aqilah (baju pink)-

IMG_3942


IMG_3946

-family besar (sebelah ayah)-

IMG_3940

-adik,kakak n abang ayah-

IMG_3960

-with my sis n cousin-

Monday, October 26, 2009

Everyone Connects




THROUGH MY WINDOW

Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me
Me and you
And we are not alone
Different view
We are together now
Through my window, I can see
Our wildest dreams could be so real

I see a spark, it starts a fire
Is this the one worth waiting for?
Thought that I could do it without you
Can’t exist like this anymore

Now there’s me and you
And we are not alone
You and me
We are together now
Through my window, I can see there’s
More than you and more than me

Now there’s me and you, you and me
We are not alone and we are together
Through my window I can see
Our wildest dreams could be so real


Download full song here

oh indahnya dunia

warrghh!!! nape mata aku ni. apsl aku nampak tulisan ade 2 je ni.
damn!! (marah ni)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Owh, rupa-rupanya aku tersalah pakai contact lens. nila akibatnye nk cepat sgt pg opis. yang kiri pkai kt kanan,kanan pkai kt kiri.cess!!



penulis hanye makan biskut di ofis ;p

Thursday, October 22, 2009

Jom kita pergi jogging


Dah lama rasa nya aku x pegi jogging. Almost 1 year. memang betul2 xsihat sebab dh 1 year xpegi jogging. sebab tula badan aku ni makin naik je. berat xnak turun2. isssh..


not good 2x..

Petang tadi dengan semangat n keazaman yang tinggi, aku pegi jugak jogging. dekat je dengan ofis. kat area rumah2 banglo tu ade tasik. petang2 slalu nampak org jogging kat situ. so, tadi aku pn join la mat saleh2, pak arab2 kat situ jogging.


rasa cam jogging kat oversea je. macam2 bangsa ade tadi masa aku pegi jogging. :) Adela lebih kurang 1km aku jogging tadi. buat stretching lebih2 sket sbb dah lama x regangkn badan ni.dah keras semacam je. lepas stretching n jogging, barula rasa badan ni fresh n ringan sket.


Kna buat sket2 sebab dah lama sangat x exercise. kalo dh slalu buat, bolehla jogging 2-3 km sebab tasik tu luas. view pun cantik sebab nampak semua bangunan2 canggih kat putrajaya tu. angin pun best je rasa.

Korang dah exercise ke blom? kalo blom, jom join aku jogging petang2.badan sihat, otak cergas :)

It's time for JOGGING



It's time for JOGGING, originally uploaded by stormziylia.

It's time for JOGGING

Tuesday, October 20, 2009

Let's Dance

Jom tengok Tari Tirana. 4 your information, I'm addicted to this series sebab aku memang minat dancing since kecik2 lagi. dari sekolah rendah aku ni dah masuk kelab tarian. most of the time kitorg training for traditional dance. tp kadang2 ade jugak blaja modern dance.




Step Up movie pn aku minat sangat2 sebab ade dance dalam tu.hehehe

Monday, October 19, 2009

Nak buat ape?



Bosan!

ape yg perlu aku buat?

any suggestion?

Friday, October 16, 2009

REMINDER!!

kuiz


KUIZ RAMALAN FACEBOOK

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.


Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.


Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.


Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:


ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4


Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4


Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.


Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:


1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1

Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.


Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?


Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.


Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:


Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.


KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH


Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita
sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.


Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.


Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ


Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).


HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.


Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة


Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد


Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).


Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.


Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.


Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.


Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.


Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.


SEKADAR MAIN-MAIN


Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.


Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?


Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.


Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ


Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).



Kredit to Abu Umair.

Boleh baca entry ni dgn lebih mendalam kat page Abu Umair.

Mari Beraya bersama Rakan Ofis


Last Tuesday, ade dinner Hari Raya kat Kelab Komuniti Tasik Cyberjaya. I'm one of d committee member yg handle event ni. Everything went smoothly as planned before.

Ramai jugakla staff yg datang with their family members lengkap dgn Raya attire :)
Cantik2 semua org :)

Ade lucky draw, teka nama ketupat n teka nama lagu raya.

Korg layankn jela gamba2 aku ni. Thanks to Mr. Photographers (rmai cameraman mlm tu).
I like all the pics :)





Tuesday, October 13, 2009

Fuhh...nasib baik kitorg xde masa kejadian

Kempunan joli RM1j
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ahmad Tajol Ansar Ibrahim dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
am@hmetro.com.my

SERI KEMBANGAN: Hampir sebulan menjadi buruan polis, dua ahli kumpulan perompak bersiri Geng Hong Leong yang amat dikehendaki polis akhirnya tersungkur mati selepas ditembak lebih 30 das peluru, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, polis terpaksa menembak mati seorang daripada dua penjenayah terbabit di Taman Equine di sini, selepas suspek enggan menyerah diri.

Sumber polis berkata, kedua-dua penjenayah terbabit sebelum ini dikesan sebagai dalang utama tiga kes rompakan bank bersenjata api membabitkan jumlah rompakan mencecah hampir RM1 juta.

Menurutnya, susulan tiga kes rompakan bank dilakukan penjenayah, polis menjalankan operasi besar-besaran bagi memburu kumpulan penjenayah warga tempatan berkenaan yang dipercayai menyembunyikan diri sejurus kejadian berkenaan.
- nasib baik kitorg dh balik awl masa tu. Lunch time pg cari hadiah utk manager kat Jaya Jusco Equine. kalo x msti btembung dengan adegan tembak menembak ni.huhu... -

Sunday, October 11, 2009

Pasar borong seri kembangan

Pasar borong seri kembangan

Ni la keje aku slalu.jln cari bahan nak masak laksa johor n nasi beriani

Wednesday, October 7, 2009

Yay!!



Yay!! Kitorg berdua konvo on the same day. faculty je lain2. xsempat nk jumpe family masing2 sbb aku rushing nak balik.next time ye ;p

Semua orang Bergembira :)

Semua blog member2 aku sekarang ni sibuk dok story pasal konvokesyen kitorg last weekend. It was an exciting day 4 us after berhempas pulas belajar untuk dptkn degree. Everyone comes with happy faces.




Most of my friend dh dapat keje after abes LI aritu. Bagus2!! Tahniah utk korg semua :)





- in front of FTMK building -
Konvo kali ni diadakan kat Dewan Besar UTeM. Kitorg yg rasmikan dewan tu.selama ni diorg sewa kat tempat lain. Bangga sangat2 even xdapat blaja kt Kampus Tetap Durian Tunggal, at least dptla jugak rasmikn dewan tu.



After konvo tu xsempatla sangat2 nak amik gamba dengan my friends sebab nak rushing pegi cari tiket 4 my sis yang nak balik Pasir Gudang. Ade rezeki kite jumpa lagi ye kawan2.

Tuesday, October 6, 2009

Finally..I'm Graduated from UTeM



IMG_3998, originally uploaded by stormziylia.

As you all may know, last Sunday was my Graduation Day :)
Happy sangat2 sebab kitorg dah abes blaja almost 1 year, n baru skrg nk grad.
Dapat jumpe kawan2 lame n lecturer kt UTeM.

This is just the introduction..

Monday, October 5, 2009

Beriani Moghul at Bayou Coffee House

Beriani Moghul at Bayou Coffee House

Lunch hour td pg kelab komuniti Cyberjaya.testing food 4 company open house.Delicious!

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.