Monday, November 30, 2009

Walk Of Life

Title xbleh blah btul.sebijik cam biskut Jacobs punye kempen. Actually, pagi semalam kitorg pegi jalan2 kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Taman ni tletak dekat Presint 16,bersebelahan dengan sekolah.

Mula2 ingat nak breakfast je kat food court situ. tapi bila tengok tourist from China naik dusun kat atas tu, teringin jugakla nak naik. Nama je duduk putrajaya, tapi dusun kat situ xpenah aku g tengok.

Before masuk tu kenala bayar RM2 per person. korang boleh pilih either nak jalan kaki or use their shuttle service. kitorg jalan kaki je.amik angin sambil tengok tanaman yang xpernah jumpe.

Banyak jugakla tanaman yang ada kat situ.


- misai kucing -




- tongkat ali -


- padi -





 
- macam dah berisi sket.hehe ;p -

 
kat sini bolehla kalo korang nak buat small gathering. view sangat cantik dari sini sebab taman ni kat atas bukit




- buah delima -




Sedap jugak makan daging unta

hari sabtu aritu, kitorg 1 family dapat invitation Jamuan Rakyat kat area Ulu Langat. Diorang ade buat korban unta pagi tu. Malam tu adela jamuan sket n ceramah agama.


 


Dah lama jugak xpegi ceramah agama.sesekali pegi, rasa tenang jugak diri ni.hehehe..

- sup unta -


after ceramah tu, kitorg semua dijamu dengan daging unta. 1st time nak rasa ni. not bad jugakla rasa dia. nyum2 :)

- beriani unta -

Home Sweet Home





Di rumah inilah tempat aku membesar
belajar menjadi seorang manusia
kenal ape itu erti hidup




tapi sekarang hanya tinggal kenangan
setiap kali balik, mesti teringat kenangan lama
kenangan bersama ibu tercinta

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA



Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua reader  
...from the bottom of my heart..
Berhati-hati semasa memandu balik ke kampung. Ingatla orang yang tersayang. Kepada yang sedang mengerjakan ibadah haji, moga anda pulang dengan mendapat haji yang mabrur. Aminn...

TERIMA KASIH DATUK

Perghh..mesti penat cikgu budak ni nak tanda karangan budak ni. bape banyak pembetulan pun still sama.korang baca jela ye. penat aku gelak bile baca :)



 

 

 


p/s: berhati-hati di jalan raya.ingatlah orang yang tersayang :)

Tutorial: Autopublish Entry

This is my 1st tutorial. Hopefully tutorial ni berguna untuk korang. Ramai juga yang tanye kat aku 'banyak nye masa update blog time keje'

Inila jawapannye ye kawan2 :)

1. Buat entry macam biase.
2. Klik kat Post Options
3. Klik Scheduled at (bolehla setting bile korang nak entry tu klua.tarikh n masa)
4. Dah siap semua, klik je Publish Post


 

5. kat tab Edit Post korang blh tengokla bile entry korang akan klua. (ade word scheduled)

 

Selamat Mencuba :) 

Tuesday, November 24, 2009

Protected Entry: I didn't meant to hurt you

Friday, November 20, 2009

Widget hijau Itu

Nampak x widget sesumpah kat sidebar kiri aku?
Ape?
cute n cool!

Kalo korang nak widget tu untuk blog korang, bolehla klik kat sesumpah ijau tu. Korang akan masuk FCUCOMMUNITY. Macam2 widget yang cool ade kat situ.korang pilih la ye.

Kat FCUCOMMUNITY tu, korang boleh jugak share cite2 best yang ade kat blog korang kat situ. kire cam nak mnarik traffic datang blog korang jugakla.

Ape lagi, pegila jengah FCUCOMMUNITY. Korang kan dah tengok widget aku tu kn, hehhehehe...rajin2 la tinggalkn jejak, komen

Vote for Earth Hour








Jom kita menyelamatkan dunia!!

Kalo bukan kita, siapa lagi. Semakin lama,dunia kita makin tua. pencemaran berleluasa. Bencana alam pun dah banyak yang berlaku. Gempa bumi, tsunami,ribut taufan, banjir. Dah macam2 yang berlaku.

Aku dah vote for Earth. Korang bile lagi?

Why Vote Earth?
-> Put simply, because our future depends on it! It only takes a few minutes to vote, but it could help protect our planet forever. It's your chance to tell world leaders what kind of deal you want them to make at the climate summit in Copenhagen. (credit to Vote Earth)



Festive Celebration @ Office

Sape2 yang ade baca twitter aku, korang taula aku ade sebut2 pasal festive celebration ni. Rasanye xterlambat pun untuk kitorg celebrate deepavali for hindu staffs.




After lunch, ramai jugakla yang bawak naik baju2 yang diorg nak pakai malam tu. Even event kecik n simple, tp ramai jugak yang non-hindu excited nak pakai punjabi suit n saree.




This simple event was held at our verandah. Daripada kosong, malam tu penuh dengan cahaya lilin. Deepavali kan "Perayaan Cahaya".




After makan, our BD Manager buat simple game and the winners got hi-tea and dinner voucher at Concorde KL, Holiday Villa n Swiss Garden KL.



"We're 1 Malaysia"

p/s: all the photos taken from my company's facebook

Wednesday, November 18, 2009

Mimpi Seorang Gadis

Hari ni aku just nak share cite ni kat korang semua. Cite ni aku dapat dari 4wd email from my friend. Renung2kanla ye :)

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanir rahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya
disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini
sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah
menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan
apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi
aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung
kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku
bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia
amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat
keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika
menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan
kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua
benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku
bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan
ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran
islam
dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya
dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku.
Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga
dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat
beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang
kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu
sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah
agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni
syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada
isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan
ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke
neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah
menyambar tanganku sehingga melecur..

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang
lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir
dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis
tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika
sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar
menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH

Monday, November 16, 2009

Al-Fatihah

IMG_3911

Pada hari Sabtu, 14 Nov 2009 yg lepas, atuk saya (sebelah arwah mak) "Mon bt Daud" telah  menghembuskan nafas nye yg terakhir di rumah makcik di muar. Arwah memang dah lama sakit tua. masa raya aritu pn arwah dah xdapat nak tegakkn badannye. Alhamdullillah kitorg dpt jugak jumpe b4 arwah meninggal.






Dua bulan yg lepas, 12 Sept 2009 nenek saya sebelah ayah meninggal dunia. Dalam masa 2 bulan,kami sekeluarga dh ilang 2 orang yg tersayang.

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman. amin..

AL-FATIHAH...

Friday, November 13, 2009

Oh My Gucci!





"Apa yang akan terjadi bila mangsa dan pemburu sama-sama terperangkap di atas kapal percutian mewah? Dua orang gadis pisau cukur, Bella dan Intan, bertembung dengan tiga orang Datuk, tiga orang isteri Datuk, dua orang anak Datuk, seorang detektif dan seorang peminat setia Bella. Siapakah yang memburu dan siapa pula diburu? Dalam pelayaran yang penuh kejutan dan kelucuan, apa pun boleh terjadi! Temui "PISAU CUKUR" di pawagam 2009."


Overall, cerita Pisau Cukur ni memang bestla. Memang nampak diorang berdua tu pisau cukur. Dalam setiap oercakapan diorang mesti terselit barang2 yang berjenama. Supposenye diorg nak cakap "Oh My God" Tapi perkataan GOD tu ditukarkan jadi "GUCCI,DIOR,PRADA,COACH,LUIS VUITTON".

Dalam cite tu, Bella@Maya Karin masuk pertandingan SIAPA NAK KAHWIN JUTAWAN. Nampak sangatla dah jadi Pisau Cukur kat situ. Intan Mastura@Fazura plak jadi personaliti TV yang cun. Siap ade sugar daddy.

Aku recommend kat sape2 lagi yang belum tengok, silalah pergi menonton pisau cukur.sangat berbaloi! Boleh la nak ilangkan tension2 lepas kerja :)


.: Resepi Hari Ini: Kentang Goreng Wedges :.




Bahan-Bahan:
  • 3 biji Kentang (dipotong enam)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu tepung gandum
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air
  • Minyak Masak (Untuk menggoreng)

Cara Memasak:
  1. Potong kentang.
  2. Bancuh tepung gandum,serbuk kunyit dan garam dengan menggunakan air.
  3. Celupkan kentang di dalam bancuhan tadi.
  4. Goreng sehingga kentang lembut dan berwarna keemasan.

~SELAMAT MENCUBA~

Putrajaya Waterski World Cup 2009


Ni gambar2 masa aku pegi  Putrajaya  Waterski World Cup 2009 kat Kompleks Sukan Air Putrajaya, Presint 6. Disebabkan terlupe bawak kamera, so gamba2 atlit main waterski xdapat dicapture sebab jauh.


- Grandstand kat situ-


-Pullman Hotel Putrajaya kat sebelah kompleks sukan air ni je-





-Aizat-





-Misha Omar (Diorang ni perform kat depan seat aku)-





-Pantai buatan (in the middle of Pullman n Water Sport Complex)-


-sesuai untuk family datang beriadah. bawak kids mandi-manda kat sini-


Dah lama xdatang kat Kompleks sukan air ni. Last time datang masa aku participate dengan kayak 2 tahun yg lepas. masa tu presint 6 ni xde pape lagi. sekarang ni dah cantik.ade hotel n pusat maritim. kat depan pantai tu pun ade swimming pool. kalo rasa xnak mandi pantai,boleh mandi kat swimming pool tu.

Thursday, November 12, 2009

Harumnya...

Harumnye bau roti bakar ni. ade org tengah bakar kt pantry ofis. Dahla perut rasa lapar ni.rasa cam nak join je diorg.

roti bakar + kaya sangat sedap.nyum2 :)

Busy

Aku sangat2la bz lately ni.balik rmh badan dh penat je.xlarat nak ngadap pc lagi utk update blog.

Thursday, November 5, 2009

~Cutenye~


Cutenyenye tengok GOOGLE harini. Ade muka Cookie Monster kat main page google.

Wednesday, November 4, 2009

Special for the Girls: Bulan Kelahiran

Korang tengokla ade ke x sifat2 kat bawah ni yang ada kene mengena dengan korang. Idea banyak nak tulis tapi xde masa je. kalo ade masa, aku update banyak sket :)

Banyak jugak yang kena dengan aku. Hmm..korang rasa aku lahir bulan berapa?

Bulan Januari


Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi.


Bulan Februari

Berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius, berpesonaliti yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi


Bulan Mac

Berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.


Bulan April

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu


Bulan Mei

Kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros


Bulan Jun

Berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.


Bulan Julai

Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja


Bulan Ogos

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan


Bulan September

Sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik


Bulan Oktober

Suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik, suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat


Bulan November

Banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.


Bulan Disember

Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Credit to CariGold

This is it!


Last weekend,aku pegi tengok Michael Jackson's: This is it. Best sangat2. Aku recommend korg tengok movie ni. 4/5 star :) Bravo2!

Rasa macam tengok dia perform live je sebab everything looks very fantastic. cgi effect, the dancers, backup singer and also the music.sangat2 superb!




Korang boleh tengok trailer ni dulu. lepas dah tengok,cepat2 la pegi beli tiket. xrugi la kalo korang pegi tengok. It's not documentary movie.


Kalo xpercaya movie ni best, boleh baca review pasal tu kat
sini atau pn kat sini.



Lepas tengok movie, kitorg pegi picnic makan kfc. makan kat dataran putrajaya sambil2 amik angin n tengok budak2 main kat sana.

Masa jalan2 tu, terjumpela plak ex-schoolmate aku time kt stf. Lame sangat xjumpe.last time jumpe masa pegi wedding my fren last year.

-with Dina-

Tuesday, November 3, 2009

Exchange Link

Sape2 yang pernah exchange link dengan aku, bolehla tengok link2 korg kat My Blogosphere link kat bawah header tu. Kalo korang tengok still xde lagi, boleh la tinggalkan link korang kat chatbox or kat comment box entry ni.

Ramai yang masuk..

Disebabkan entry semalam 'WANITA TAK PERNAH PUAS'
ramai giler orang yang masuk blog aku ni.thanks ye korg. title yg cm BEST mbuatan ramai teringin nak baca.ehhehe

Tapi bile tengok balik, entry semalam tu mmg ada btul nye kn?mmg ade golongan perempuan yang memenag xpernah puas dengan ape yg dah sedia ada depan mata.

same goes to me.heheh (sometimes la) ;p

Monday, November 2, 2009

Wanita tak pernah puas..

-ni aku dapat source dari 1 forum.banyak cerita2 yg best,lawak n info kat situ. -

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.
Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai
2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.
Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.
Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.
Biar betul..!? Wanita itu berkata, Tak cayala?..!
Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.
Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:

LANTAI 6: Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.