Monday, November 2, 2009

Wanita tak pernah puas..

-ni aku dapat source dari 1 forum.banyak cerita2 yg best,lawak n info kat situ. -

Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:

ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.
Di lantai 1 terdapat tulisan:

LANTAI 1: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai
2 terdapat tulisan:

LANTAI 2: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya. Di lantai 3 terdapat tulisan:

LANTAI 3: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.
Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.
Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:

LANTAI 4: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.
Biar betul..!? Wanita itu berkata, Tak cayala?..!
Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:

LANTAI 5: Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.
Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan:

LANTAI 6: Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!

6 comments:

Nadia Nazifah said...

ahahahhaha so cute! kalo aku pon ntah2 mcm tu.

tapi, ade ke logik nak cari laki kat kedai? XD

stormz said...

mmgla xlogik nk cr laki kt kedai.tp cite tu nk tunjukkn yg prmpn ni mmg slalu xpuas.ade je bende yg dia nk cr
hehe ;p

Dilala said...

tersesat dan mahu juga komen ;p

perempuan mahu compare supaya dpt yg terbaik!malangnya tak bole patah balik..mungkin betul kot..

stormz said...

@dilala: btul tu :)

s.c.h.u.l.t said...

kalau diri tak secantik ct nurhaliza, jangan diimpi dato' K! HAR HAR HAR.

yes. make it this 'manusia itu tidak pernah puas' :)

*no need gender.lelaki pon same jek*

stormz said...

@s.c.h.u.l.t : YES!semua manusia mmg xpernah puas.ade je yg xkena kt mata tu.lelaki n perempuan sama je skrg ni

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.