Wednesday, January 13, 2010

.: Resepi Hari Ini: Sup Ketam :.



Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ketam
  • Sup bunjut Adabi
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 keping asam keping
  • Daun Sup/bawang
  • Bawang goreng
  • Kentang
  • Tomato
  • Carrot
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Minyak untuk menumis
  • Air

Cara-cara Memasak:
  1. Tumbuk/hiris bawang merah,putih dan halia.
  2. Panaskan sedikit minyak.Tumiskan bawang merah,putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan air, sup bunjut dan asam keping. Biarkan seketika.
  4. Masukkan kentang dan carrot yang telah dipotong
  5. Bila air dah mendidih, masukkan ketam. Biarkan sehingga 5-10 minit supaya ketam tidak terlebih masak.
  6. Masukkan garam dan tomato.
  7. Angkat dan taburkan sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


~SELAMAT MENCUBA~


p/s: Sesuai dimakan semasa panas. ade orang cakap, sup ketam ni bagus untuk orang yang kena denggi.

10 comments:

k.e.r.i. said...

sup ketam ni elok lah kasi kat pesakit denggi macam isey tu.

stormz said...

@keri: 'isey' tu sape?

Anonymous said...

taruk manyak manyak lagi resepi, pasni aku salin dr sini je hahah

-nAtRa-

stormz said...

wokeh..nnt aku upload resepi byk2

Anonymous said...

terima kasih atas resepini...harini nmmg nak msk sup ketam...

stormz said...

@Anonymous same2

Anonymous said...

huhuu..ari ni msk sup ketam utk org tersayang...first time nak cuba sbb disyaki dia kena denggi....tq ye atas resipi nih....

stormz said...

@Anonymous ok.hopefully menjadila sup yg awk cuba dr resep sy ni :)

adah said...

thanks 4 d recipe..saya dh cuba.mmg menjadi..

syahira said...

tenks 4 dis resepi..first time wt nih, da ciap n mmg best ;D

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.