Friday, April 30, 2010

.: Resepi Hari Ini: Apple Crumble :.

DSC01045


Bahan-bahan:
  • 300g Tepung Gandum
  • 150g Butter
  • 3 biji epal hijau (dipotong dadu)
  • 4 sudu besar gula / secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • Sedikit jus limau

Cara-Cara Membuat:
  1. Gaulkan butter dengan tepung gandum sehigga menjadi seperti serbuk.
  2. Gaulkan epal,gula dan serbuk kayu manis.
  3. Masukkan epal yang dah bercampur ke dalam bekas pembakar. Lagi bagus kalau guna bekas cupcake.
  4. Perahkan sedikit jus limau ke atas epal.
  5. Mampatkan tepung yang sudah bercampur dengan butter kat atas epal. Tutup sehingga tidak nampak epal di bawah.
  6. Bakar pada suhu 170 Celcius
~ SELAMAT MENCUBA ~


Tips: Make sure tepung tu padat n mampat kat atas epal supaya jus2 epal n limau xkeluar semasa membakar.

Thursday, April 29, 2010

Aku kena attack dengan Worm



Tetiba je tadi time aku nak buat kerja browser terus auto shut down n suddenly keluar banyak pop up 'YOUR PC HAS BEEN ATTACKED BY WORM' .huh,xpenah2 kena.dahla kt ofis ni.

Friday, April 23, 2010

Blog ni dah ada Badge


Nampak x korang badge kat atas tu? Blog aku sekarang ni dah ade badge :) Weeehuuuu!!! ;) Memang dah lama rasa nak buat badge tu. Tapi sebab vitamin'M-A-L-A-S' tu terlampau banyak kat dalam badan ni, so sampai sekarangla xjadi2 lagi badge aku tu.

Kalo xsilap la last 2 weeks aku ada perasan azfar90 ada bukak 1 topik kat forum Geng Blogger - PERLUKAN LINK BLOG ANDA UTK DIJADIKAN LENCANA. Mula2 baca rasa cam malas je nak kasi link blog bagai yang dia mintak tu. Tapi bila tengok hasil2 badge yang dia dah buat tu, terus rasa cam berminat la plak.

Ni la hasilnye lepas azfar90 edit. So sape2 yang rasa nak ada badge cam aku tu, better korang terjah blog azfar90 or pegi je kat forum Geng Blogger - PERLUKAN LINK BLOG ANDA UTK DIJADIKAN LENCANA

Thanks azfar90. Saya sangat suka dengan badge ni :) 

Pernah x korang xde mood nak blogging?

Pernah x korang xde mood nak blogging?
Aku ada perasaan camtu sekarang ni. Maybe sebab xde bende best yang aku buat sekarang ni except event last weekend. Pastu sekarang ni cam stress sket dengan kerja yang menimbun banyak ni.

Padahal aku jugakla yang buat entry Jom Hilangkan Stress Kerja. Tapi macam xberjaya hilangkan stress tu. Stress dengan kerja n orang sekeliling ni. Haisshh....not good2 :(

So korang pernah x rasa cam ape yang aku rasa ni? ke korang ada sebab lain kalo malas nak blogging?


p/s: weekend ni nak balik kampung n nak pergi konvo my sis kat poli jb. maybe next week ada banyak entry keluar.huhhu..

Wednesday, April 21, 2010

We are in the NST

Even aku xde time diorang amik gambar ni, tapi still aku nak jugak buat entry ni.hehehhe
Korang boleh baca kat NST semalam


We had Fun

Nasib baik hari ni aku dah dapat upload gambar2 last weekend. Korang tengok jela ye gambar2 masa kitorg pergi Gatsby Street Fair tu.

 - with Gatsby Banner -


- Slam Dunk. Berjaya jugak masuk 4 goals -


- ni langsung xdapat pape.xreti nak baling dat ring -

- mountain -


- waiting for mountain climbing -

- tentera2 merah yang sangat ramai -

- Ready, get set go!! -

- weehuu!!!dapat sampai atas eventhough seluar ketat.heheh -

- Crazy Parking -

- with Foutfeetnine -



Thank you Nuffnang & Gatsby for the great event. Really enjoyed it :)

Jom Hilangkan Stress Kerja

- image from Google -

Tipula kalo korang xpernah rasa stress kan time kerja/study tu..Aku dah pernah rasa macam manenye stress time belajar n stress time kerja. Kalo time belajar tu bila part dah nak hantar projek/exam memang betul2 menguji perasaan betul. Kalo xdapat kawal stress tu memang kepala ni boleh sakit sesakit2 nye. Rasa cam nak kena migrain pun ade --> padahal aku xtau pun rasa migrain tu camne.ehheh ;p

Time tengah kerja ni pun sama jugak. Dateline dah dekat, tapi kerja still banyak xsusut2. Memang tertekan la dibuatnya. Tambah lagi dengan perangai2 orang sekeliling yang cam hampeh, lagi la stress gila!

Tadi aku ade baca tips nak hilangkan stress ni kat Gua.com.my, so ni aku nak share sikit la dengan korang.

1. Cuci Muka: Kalo korang dah rasa penat mengadap pc je, apa kata korang bangun jap n jalan pergi kat toilet. Basuh2 muka sikit biar rasa segar.

2. Baca Kisah2 Lucu: Kalo memebr2 korang ada forward email yang mengandungi cerita yang kelakar,lawak yang lucu tu, bolehla korang baca. Kalo korang dah baca tu,confirm korang akan tergelak n ketawa terkekeh2. So mestila ada sket2 stress korang yang akan hilang.

3. Berborak dengan rakan: Korang boleh jugak luangkan sket masa berborak dengan orang sebelah atau kawan2 yang lain. Sedikit sebanyak boleh jugak kurangkan stress korang. Tapi janganla korang borak sampai boleh ganggu orang lain. Nanti diorang yang dapat stress plak.heheh ;p

4. Pergi Kafe/Pantry: Lepas korang dah penat bekerja/study krang bolehla pergi kafe/pantry untuk mengisi perut. Kalo perut korang lapar lagi la boleh tambah stress tu. So better isi perut tu, then baru sambung balik kerja/study

5. Berjalan seketika: Kalo korang still rasa stress jugak, apa kata korang pergi round2 ofis/hostel korang kejap. Sambil jalan2 tu dapatla jugak hirup udara luar. banyakkan tengok pokok2 hijau. ana la tau kot2 tengah korang jalan tu korang leh jumpe someone yang dapat hilangkan stress.Lagi bagus camtu.

Tuesday, April 20, 2010

Largest Bloggers Gathering!

Rasanya macam belum lambat la lagi kalo aku nak buat entry ni. Almaklumla internet kat rumah asik problem je. so gambar pun xsempat nak upload semua.

Kalo sape2 yang xtau, hari sabtu haritu aku pegi 1 event kat Berjaya Times Square organized by Nuffnang : Gatsby Deodorant Street Fair. Ni 1st time aku pergi event yang Nuffnang anjurkan.Selalu tengok orang2 lain pergi. Cam best je,tapi xberpeluang nak pergi sebab selalu aku tengok event yang diorang buat time malam n hari berkerja n tempat jauh2. Memang xdapatla nak join.


Ramai gila bloggers yang datang. Ingatkan sampai before pkul 10 xpayah queue panjang2 untuk registration. Rupe2nye ada lagi orang yang datang lagi awal. Beratur sepanjang2 nye sebab more than 500 bloggers yang datang.



After register n amik goodie bag aku terus pergi interview jap kat next building. Job Hunter macam aku ni harus pergi interview2 yang dipanggil.hahahah

After kul 12 baru interview settle sume. xsempatla aku nak join bloggers lain pecahkan rekod for Malaysia Book Of Record sbab that event was the largest bloggers gathering kat Malaysia ni. Semua orang kena pakai baju merah yang Gatsby kasi tu.


Macam2 games ada masa haritu. Besungguh2la kitorg berdua ni nak kumpul points. Once dah rasa points tu cukup terus kitorg pegi redeem barang2 gatsby. Nak redeem pun punyela panjang queue tapi tunggu tetap tunggu.hahaha

Okla..nanti aku update lagi.ni jela gambar2 yang mampu upload malam tadi.hopefully line iternet malam ni ok kat rumah aku. dapatla korang tengok gambar2 yang lain.

p/s: to bloggers, sape rasa ade muka diorg kat dalam gambar tu ksla link korg ye.boleh aku blogwalking nanti :)

Friday, April 16, 2010

Gatal Tekak

Dah 2-3 hari ni aku xsihat. Harini kena batuk2 pulak. Tekak ni rasa gatal yang sangat2.

Korang ade x pape petua yang boleh hilangkan rasa gatal kat tekak ni??
Kalo ade,share la ye dengan kat sini. Xtahan rasa gatal tekak ni.Kadang2 tu sampai ade 1 perasaan kalo boleh cabut tekak ni kejap kan best sket.xdela gatal sangat.hehehe ;p

sape ade petua share kat sini ye :)

Wednesday, April 14, 2010

Not Feeling Well

Semalam kena sakit tekak. Suara pun kadang2 ada,kadang2 xde.So semalam aku adalah xbercakap sangat dengan orang. Ingatkan sakit tekak je, bila dah petang2 sket tu,rasa cam nak kena selsema plak. asyik terbersin2 je.

Pagi tadi pun ingat leh tahan dengan selsema tu. Bila dah nak tengahari memang xboleh nak tahan. Kena gak aku pegi Mediviron amik ubat n mc.Doktor tu siap tanye,nape baru 2 kali je aku datang klinik sepanjang 1 1/2 tahun kerja.hehehe Saya xsakit la doc! Bila betul2 sakit je aku datang klinik. Sekarang ni badan adalah sangat weak n ngantuk penangan ubat selsema tu.

Tetiba teringat time belajar kat utem dulu. Masa tu aku kena demam panas yang sangat2 teruk.Almost 1week demam. 1 petang tu time nak pegi mandi,tiba2 je aku rasa badan ni lemah gila2 n tetiba je pengsan.Masa tu aku just dapat dengar sket suara2 housemate aku yang terkejut tengok aku camtu. Time tu aku cam antara sedar dgn xsedar je.

Tau2 je ttetibe tengok aku dah ade kat hospital. doktor nak kasi injection kat aku masa tu.Pastu terus xsedar pape. Pastu last skali sedar tengok dah masuk kat 1 bilik tangan pun dah kena masuk drip air.Doktor cakap dekat 3 botol air masuk dalam badan aku. Huh!nampak sangat badan kurang air.sebab tu lemah je.Tengok jam pun dah dekat kul 3 pagi. Memang btul2 terkejut masa tu. Rasanye masa pengsan tu time nak masuk maghrib. Lama btul aku ade kat hospital tu.

Thanks ye kawan2,Farah,Noddy,ika,dayang n Dila. Kalo korang xde,mesti xde orang nak tolong aku masa tu.

Tuesday, April 13, 2010

10 Sebab Menggunakan Internet

Hello Atok Poyo @ Empayar Poyos!!
Hopefully Atok Poyo boleh baca entry ni n tau sebab2 aku gunakan internet. Banyak sebab kenapa aku nak gunakan internet ni.

1. Buat Kerja Ofis
Kalo xde internet, confirm aku xboleh buat kerja langsung sebab kerja aku 100% depends on internet

2. Buat new entry untuk blog aku, blogwalking, baca entry2 baru kat blog orang lain
Kalo aku xde internet, xdapatla nak buat entry untuk blog aku ni. Pastu nanti aku xdapat jalan2 kat blog korang. Nanti korang jugak xdapat hits.heheh

3. Bayar bil through online banking
Senangkan kerja2 aku sebab xpayah nak pergi beratur kat bank/post office. Nak topup handphone pun senang je. boleh reload directly from our account.

4. Boleh baca email
1 hari kalo xbaca email memang xsah. xkesahla kadang2 inbox tu kosong ke pe. Janji tiap2 pagi aku memang terus check email.

5. Dapat layan social networking cam Facebook n twitter :)
Boleh communicate dengan kawan2 n readers blog ni.heheh. Sometimes saje je post status fb/tweet cam melepaskan geram ;p

6. Online Shopping
Kalo dah rasa malas nak keluar tapi terasa cam nak shopping je, boleh terus click n pilih je mana2 yang berkenan kat ati. Boleh save duit minyak n duit parking

7. Boleh dapat cari kerja
Senang cari kerja guna online ni je. Click apply n kadang2 xsampai 1jam apply terus company tu call.Memang sangat2 bergunaespecially untuk orang yang cam aku ni.Job Hunter!

8. Boleh baca paper
Xpayah nak pergi cari kat kedai sebab kadang2 paper kat kedai slalu SOLD OUT!

9. Boleh cari banyak info
Macam2 info yang berguna dapat kalo guna internet. positive n negative info :)

10. Boleh layan video n fav lagu kat Youtube
Kalo boring je, boleh dengar/tengok macam2 lagu n video kat sini

Fuhh!!penat plak rasa bila nak list kan 10 sebab gunakan internet ni. Bukannye senang nak listkan. kena pikir jugak napela aku ni guna internet. Rasanye ni jela kot sebab2 kenapa aku gunakan internet. Oh ye, kalo korang semua nak tau, ni adalah contest. Kalo korang nak join contest ni, pegila kat page Empayar Poyos untuk info yang lanjut pasal contest ni.

Redmummy in Harian Metro


Fuyoo!!Makin glamour K.Red sekarang ni. Kalo korang ada beli paper Metro harini bolehla nampak muka k.red kat front page.


Jadi mewah tulis blog


From personal blog yang orang xkenal pun sampai boleh jadi famous amos cam sekarang. Memang aku salute la K.Red ni. Siang keje kat KLCC, then malam baru start maintain blog dia. Setiap hari aku xpernah miss buka redmummy.com ni. Banyak good info on makeup,sales, new product, event and etc yang dia pergi.

Dalam artikel tu, K.Red ade jugak kasi tips on blogging. Yang ni aku copy paste from metro je.

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.


Bila la ade chance nak jumpe personally dengan K.Red . Selalu aku just communicate with her via twitter,comment and facebook je.

Friday, April 9, 2010

Siapa Pergi Exam Gred 41 Esok??

Korang dah habis study ke? Korang baca ape ye?
Ke korang dah khatam buku MALAYSIA KITA yang tebal tu?

Aku cam rasa takut la plak nak pegi exam tu sebab belum abes baca. Dahla ni 1st time nak pegi after 2 years apply. Dah lame x jawab exam, so skill2 hafal2 semua cam haramm je.hahaha ;p

Pen,pencil,eraser,liquid pun dah xde ni.Kat ofis ni pun aku just ada1 pen je sebab kerja semua gune pc.xde masa nak tulis2.

Sape ada tips camne nak jawab exam esok,kasila aku tau jugak ye.sharing is caring :) Esok tepat exam aku kat UNITEN. So sape2 yang exam kat sana jugak bolehla kite jumpe2.

Good Luck Korang!!

Wednesday, April 7, 2010

Nani & Ikhlas's Reception

Last saturday, I went to Nani & Ikhlas's Reception at Dewan Seri Siantan Putrajaya.



She is one of my friend masa kat STF. Ramai jugakla member2 yang datang masa wedding dia ni. Rasa cam xcukup space nak bgambar kat pelamin. Paham2 jela kalo girls bergambar. hehe :)


Panjang giler beratur nak amik gamba dengan Nani. Cam xmuat je semua nak masuk dalam kamera.

Selamat Pengantin Baru Nani!!
u look so gorgeous!!
Baju cantik,mekap cun,pelamin grand,dewan best :)

Lepas ni turn sape plak ek?

Another Experiment

Hallo korang!!!

Cuba korang click link ni: Gambar Umie Aida Bersanding. Pastu korang tengokla result dia camne.Agak2nye korang ada nampak x pape yang familiar kat page tu?

Ape? Korang xnampak lagi?
Ok2, cuba korang click plak kat link Images tu. nampak x gambar sape ade kat dalam tu?

Aku baru je buat post pasal Gambar Umie Aida Bersanding tu last week.xsangka ramai jugak orang tersesat masuk sini :) Thanks ye korang2 yang google tu.


p/s: dear sir, if u read my entry plz hire me as your specialist :)

Monday, April 5, 2010

Entry for Farah McKay


It’s your birthday time again;
It’s true; there’s no denying,
Another year has come and gone;
You know that I’m not lying.
 
So for you, the birthday person,
Here’s what I want to say:
I hope this birthday’s the best one yet,
In every delightful way.
 
So happy birthday to you.
Have lots of birthday fun!
May your birthday wishes all come true,
Even if you have a ton.
 
By Karl Fuchs
 
Happy Belated Birthday Farah!

Friday, April 2, 2010

Alfatihah untuk Allahyarham Din Beramboi

Takziah diucapkn kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi. Semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang2 yang beriman.

- pic from Google -

Thursday, April 1, 2010

Gambar Umie Aida Bersanding

Semalam masa tengah check analytic Nuffnang, ttiba terperasan ade keyword yang sangat asing sesat kat dalam ni.

"Gambar Umie Aida Bersanding" -->keyword ni la yang tersesat kat directory blog aku.

Ni mesti sebab kat directory blog tu aku letak semua list blog2 yang aku follow and blog member2. tu yg boleh tsesat orang masuk situ. Entertainment blog pun banyak jugak aku follow especially Abang Nara n Budiey .

Sape yang nak sangat tengok gambar2 diorg kahwin,bolehla pegi website ni: http://www.umiekhairuddin.net/

Rasa2nye ni official site for wedding photo diorg :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.