Tuesday, June 15, 2010

Rahsia dapat income Nuffnang

** WARNING!! Ini adalah entry yang penuh dengan info je **

Sedap x rasa2nya title entry aku hari ni? Mesti lemak berkrim disukai ramai kn? hahahha ;p
Ok2, last week aku ada buat entry pasal Aku dah dapat Cek Nuffnang. So adala 1-2 orang yang tanya macam mana aku boleh dapat income.

 - from Google -

Seriusly mula2 aku ada blog ni on September 2008 just saja nak suka2 sebab tengok ramai member2 from UTeM dah ada blog. Lagipun time tu aku tengah Industrial Training, so memang boring gila la kat ofis sebab xbanyak sangat kerja. So, cara nak elakkan boring tu aku pegila jalan2 blog orang baca2 entry diorang. pastu gelak2 sorang2 kat depan pc tu sampai orang keliling stare semacam je kat aku ni.

Bila dah rajin blogwalking semua tu, terjumpela pulak blog Redmummy. Pastu melekat kat situ je tiap2 hari. Pastu cam pelik, napela orang2 ni xpening ke dengan iklan2 yang berlambak2 kat blog diorang ni. Dah rasa cam baca newspaper plak penuh je iklan kiri kanan atas bawah. Tengok kat blog member pun semua pakat ada letak iklan Nuffnang jugak kat blog diorang.

Pastu aku carila macam2 entry pasal Nuffnang ni. Nak jugak tau apa function benda alah tu sebab hampir semua blog yang aku baca mesti ade tepek Nuffnang tu. Bila dah jumpe...owh..camni rupa2nya function dia. So aku pun dengan tangan yang gatal ni pergila register jugak. Nak sama jugak macam orang lain ada blinking2 ads kat dalam blog.hehehe

Ada sorang member ni penah cakap, kalo nampak ads dah blinking kat blog tu klik jela banyak kali. Nanti boleh dapat duit. Nampak sangat aku cepat terpengaruh dengan cakap orang. Setiap kali nampak ads je dalam blog, sibokla tangan aku ni klik2 konon2 dengan harapan boleh dapat duit segera.

Rupa2nya xde pun earnings yang masuk. So cam xkesah sangatla tapi aku jadi kesah bila terbaca pasal Rahsia Redmummy to be on top. Dalam rahsia dia tu, xde pun dia ajar/mention pasal klik2 ads. Dia just cakap kena minat menulis. Ye, aku minat tapi kurang reti sket nak olah2 kan bahasa ni. Mesti cikgu BM aku pelik camne aku boleh dapat A masa SPM haritu. kuikukuikui... ;p Pastu bila dah minat, xkanla korang nak biarkan entry korang camtu jekan. Mestila korang nak cari orang suruh baca entry korang jugak. Betul x?

So, saya pun berkenalan dengan Innit, tempat ping entry2 blog. Kat situ ada chinese, malay, indians n others. Mula2 ping rasa2nya xde pun orang baca. Maybe sebab title entry xbest langsung pastu tulis pun guna shortform je. Mesti xde orang nak layan. Tapi aku still keep on going ping each of my entry there :) Oh ye, Geng Blogger jugak penyumbang visitor yang agak ramai kat blog aku lately ni

After 3-4 months register Nuffnang, barula aku nampak ade RM0.25 dalam account NN. Wow! memang happy gila sebab xsangka aku boleh dapat even amount tu sangatla kecik cinonet. Then, bila tengok orang join contest Nuffnang pun saya nak join jugak. So, terjadila entry2 contest yang aku join dengan harapan boleh menang. So far, aku still belum ada rezeki nak menang contest dari Nuffnang lagi.

Then, masa Project Alpha mula2 tu, xsangka berjaya jugak aku jadi antara 100 blogger yang terawal hantar entry. Rasa2nya adalah 4-5 entry yang aku berjaya dapat instant cash dari situ. So kenala say Thank You Nuffnang sebab sudi kasi earnings kat aku. Tapi bila dah tengah2 instant cash project alpha tu, aku memang xberjaya nak masuk sebab FB, Youtube kena block kat ofis. Xboleh nak catch up dengan contest tu.

Lagi satu sebab aku berjaya cash out kan earnings nak tau x apa benda nya???Yes, aku dapat pergi event Gatsby yang berjaya pecahkan record Malaysia as a Largest Bloggers Gathering. Best n enjoy gila time tu. Disebabkan tu, kitorang2 yang pergi ni, dapatla sedikit habuan from Nuffnang :)

- from Google

Pastu adala jugak sikit2 buffered earnings yang Nuffnang kasi. Lama jugakla ads from them yang dok blinking dalam blog ni :) I like!! Eventhough xdela ramai visitor kat sini tapi Nuffnang sudi jugak nak letak ads. Thank you :) :)

Lepas ni rasa2nya nak join each of the Nuffnang punye contest n event. So nanti bolehla dapat lagi ramai member from blogging line :)

So, tu jela rahsia aku dapat income from Nuffnang sejak 1tahun lebih blogging. Sikit je tu kalo nak berbanding dengan orang2 lain cam Redmummy, Kennysia, Eyriqazz n yang lain2 tu.

Chopp..blog ni PR 2 tau.ehhehe..bila lah nak dapat PR3 ni??

4 comments:

nesca said...

aku selalu ketinggalan post project alpha tu, class punya pasal

nanged :)

Wawa~* said...

sy pun masih struggle nk dpt income utk nuffnang... huhu...

akuseniman said...

seronok gle:(
xpnah lg dpt buffered earnings:(

dilla said...

wauu.. tak sngkaa ko rajin join geng blogger outing2, join contest.. hehe.. btw gud pOst :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.