Thursday, July 29, 2010

.: Resepi Hari Ini: Cream Puff :.


Bahan-Bahan:

A

  • 250g butter
  • 500ml air
  • Secubit garam
  • Secubit gula

  • 330g tepung rose (superfine flour)
  • 1/2 sudu teh baking powder (ayak sekali dengan tepung) 

  • 8 biji telur gred A

Cara-Cara Memasak:
  1. Masak bahan2 A sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan B, gaul cepat2 & tutup api
  3. Kacau sehingga rata dan lembut
  4. Sejukkan adunan
  5. Bila dah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan menggunakan mixer.
  6. Masukkan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel
  7. Paip di atas dulang pembakar
  8. Bakar selama 20minit/ sehingga masak kekuningan dengan suhu 160 darjah celsius

Krim Custard 

Bahan-bahan:
  • 200g gula
  • 500ml susu segar
  • 100g susu tepung
  • 4 biji telur
  • 80g tepung jagung
  • 30g butter
  • Secubit garam
Cara-cara Memasak:
  1. Pukul telur
  2. Masukkan kedalam bahan lain dan masak sehingga pekat
  3. Bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam adunan
  4. Apabila pekat masukkan butter
  5. Kacau dan tutup api
  6. Sejukkan semalaman sebelum digunakan.
  7. Sapu/ pipe kan krim custard ke dalam puff
~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: resepi ni diambil dari blog Auntie Nani Rostam aka mama Hanis Zalikha. Memang sedap. Aku ikut sebiji2 resepi dari blog tu. Better korang try. Lagi best bila dah masukkan krim tu, letakla strawberry/kiwi yang dah dipotong. Memang superb!!

Wednesday, July 28, 2010

Homemade Chocolate Again!


 Sesiapa yang tengah mencari2 doorgift/ hantaran perkahwinan, hadiah birthday/ anniversary atau pun tengah mencari2 hadiah untuk yang tersayang, anda boleh try jadikan homemade chocolate as your gift.


Terdapat pelbagai perisa, kekacang, bentuk, warna, jenis yang boleh anda pilih. Dengan harga yang amat berpatutan, semestinya anda menjadikan homemade chocolate from Sweet Cottage sebagai pilihan anda.

Yay! Berjaya Dapat Car Sticker Redmummy

Xsangka dapat juga 1 car sticker ai read Redmummy.com. Ingatkan dah melepas. Lagipun hari ni busy sket. Tu yang lambat benar bukak Redmummy.com.

Tiap2 hari kena baca. dah addicted.xtaula k.red letak dadah pe sampai tiap2 hari nak baca blog dia.

Thanks Redmummy.com

Oh, Please!

Aku minta korang tolong janganla tinggalkan link youthsays kat chatbox/ comment aku ye. Dah serik sebab status Gliterati Nuffnang dah tukar jadi Ordinary. Sebab tu la aku cam xde mood sangat nak blogging sebab ads pun dah xbanyak kat blog ni.

Buffered earning pun dah xde :( Xbolehla nak cash out nanti.huhuh

Guru dah boleh berpolitik

Baru lepas tengok buletin utama tadi. Ada 1 berita yang betul2 menarik perhatian aku. Kalau korang nak tau, cikgu2 yang pangkat DG41-DG48 dah boleh berpolitik macam cikgu2 zaman dulu2.

Aku xrasa sekarang ni cikgu perlu berpolitik. Silap haribulan nanti bukannye cikgu mengajar budak tapi sibuk berkempen dalam kelas. Xpun cikgu sibuk sangat dengan politik sampai xmasuk kelas. Dahla upsr & pmr pun dalam proses nak dimansuhkan. Kalau tambah dengan cikgu2 yang sibuk nak berpolitik mesti nanti budak2 pun xbelajar. Maybe kualiti student kurang. Xde motivasi nak jadi yang terbaik.

Ni dari point of view aku la. Xtau la plak korang suka ke x.

Apa pandangan korang?

Monday, July 26, 2010

Wedding Everywhere!

Hai2 korang!!!! Rasanya dah lama aku xupdate blog ni. Berhabuk, bersawang dah ni. Uhuk uhuk...;p
Disebabkan kerja yang banyak melampau, so xdela masa nak update n ditambah 1 prob yang down kan aku sket je.heheh

Ok2..title kat atas tu kan pasal wedding..so sila jangan muntah dengan gambar2 wedding yang aku attend since last month ---> nampak sangat dah lebih 1bulan xupdate.hahahha

Shera ♥ Husband - Shah Alam



With my ex-schoolmate - Heroes 9903. ada yang since habis SPM xpernah jumpa. So sesekali bila ada wedding ni, aku try la luangkan masa untuk pergi join diorang. So dapatla update pasal member2.


With my dearest ex-deskmate. Even rumah kitorang ni dekat2, tapi still jarang jumpa. Aku busy kerja n dia plak busy dengan master :)


All the happy faces sebab dapat jumpa kawan2 lama :) Congrats Shera n Husband!!


Camwhore again! Pantang jumpa camera.hihihih


Ika ♥ Hafiz - Kubang Kerian, Kelantan


Ni pulak wedding my dearest ex-housemate masa belajar kat UTeM. Dia ni kira yang paling muda antara kitorang (padahal muda bulan je ;p ) tapi dah kawin dulu. Langkah bendul nampak!!


Muka terkejut masing2. Thanks to en.photg yang sudi layan kitorang nak bergambar dengan pengantin :)

- Ika & Hafiz -

- Congrats Ika & Hafiz! -


Wawa ♥ Joe - Seremban


Owh..tersama la plak dengan theme pengantin. Blue! Kitorang sampai pun kira dah lambat sangat. Mula2 ingat nak pergi dengan my ex-classmate tapi ada hal so kitorang sampai dekat kul 4. Wawa ni ex-classmate aku masa belajar kat UTeM, kadang2 dia jadi partner time aku training kayak. Congrats Wawa & Joe!

 Who's next??????????

Friday, July 23, 2010

Mesin Cuci Badan Lembu




STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.
Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.... (sumber: Kosmo)

Uishh..macam2 sekarang ni. Siap ade mesin untuk cuci lembu plak. Teknologi semakin berkembang. Korang boleh baca dengan lebih lanjut pasal cerita ni kat Kosmo

Thursday, July 22, 2010

Gua ke Lif?

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

Monday, July 5, 2010

You're Beautiful

Kindness is beautiful
Talent is beautiful

Beautiful is sweet
Beautiful is great

Beautiful is love
Beautiful is power

I am beautiful
You are beautiful
We are beautiful :)

kredit to Reabecka Teah

Saturday, July 3, 2010

Budak Tadika dah pandai buat 18SX

Bunyi ghairah dari bilik


KUALA LUMPUR: Umur baru mencecah empat dan lima tahun, tetapi dua kanak-kanak perempuan bersaudara sudah pandai melakukan aksi lucah sesama mereka sebelum perbuatan tidak senonoh itu disedari ibu seorang daripada budak terbabit.
Menurut sumber polis, kejadian memalukan itu berlaku Ahad lalu di sebuah pangsapuri di Ampang di sini, apabila kedua-dua kanak-kanak yang layak digelar budak tabika itu ditinggalkan di bawah jagaan nenek mereka.

Pada kira-kira jam 5 petang, ibu seorang daripada kanak-kanak terbabit yang baru pulang dari pasar raya diberitahu adik perempuannya anaknya sudah pandai melakukan aksi dan perbuatan lucah bersama sepupunya.

“Wanita itu terkejut dengan kata-kata adiknya dan pada masa sama, dia sendiri terdengar bunyi mengghairahkan dari dalam bilik sebelum bergegas membuka pintu,” katanya.

Menurut sumber itu, sejurus membuka pintu, ibu kanak-kanak terbabit terperanjat apabila mendapati anaknya yang baru berusia lima tahun sedang tidur sambil berpelukan dan bercium dengan sepupunya yang berusia empat tahun dalam keadaan mengghairahkan.

“Melihat aksi menjijikkan dua kanak-kanak terbabit, ibunya memarahi dan bertanyakan anaknya siapa mengajar kelakuan tidak bermoral itu. Anaknya memberitahu semua perlakuan itu dipelajarinya daripada seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang juga anak jiran mereka,” katanya. (sumber dari Metro)

Iskiskisk... apalah nak jadi dengan budak2 sekarang? budak tadika pun dah memandai buat2 benda xsenonoh. Xtau la nanti kalo diorang dah besar macam mana :(

Friday, July 2, 2010

Praline Chocolate


Berjaya jugak aku siapkan 25 pieces praline choc for my customer. Dia demand nak choc yang ade design kat atas. penatla semalam seharian aku pikir macam mana la nak buat design atas tu. Last skali terjumpa 1 blog ni, dia ajarla macam mana nak guna transfer sheet kat atas choc. Sebab tu kalo korang tengok gambar tu ada yang plain n ada corak2 color putih, yellow+orange :)

Biase kalo korang beli choc kat kedai dalam mesti plain, xpun ada almond/raisin. Untuk choc aku ni I'm still using raisin, almond, hazelnut n plus strawberry!!! ;p Kalo korang request filling lain pun boleh. For time being aku ade buat mint, blueberry, apple, lemon n orange flavour :)
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.