Thursday, July 29, 2010

.: Resepi Hari Ini: Cream Puff :.


Bahan-Bahan:

A

  • 250g butter
  • 500ml air
  • Secubit garam
  • Secubit gula

  • 330g tepung rose (superfine flour)
  • 1/2 sudu teh baking powder (ayak sekali dengan tepung) 

  • 8 biji telur gred A

Cara-Cara Memasak:
  1. Masak bahan2 A sampai mendidih.
  2. Masukkan bahan B, gaul cepat2 & tutup api
  3. Kacau sehingga rata dan lembut
  4. Sejukkan adunan
  5. Bila dah sejuk, masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul dengan menggunakan mixer.
  6. Masukkan ke dalam piping bag yang telah diletakkan nozel
  7. Paip di atas dulang pembakar
  8. Bakar selama 20minit/ sehingga masak kekuningan dengan suhu 160 darjah celsius

Krim Custard 

Bahan-bahan:
  • 200g gula
  • 500ml susu segar
  • 100g susu tepung
  • 4 biji telur
  • 80g tepung jagung
  • 30g butter
  • Secubit garam
Cara-cara Memasak:
  1. Pukul telur
  2. Masukkan kedalam bahan lain dan masak sehingga pekat
  3. Bancuh tepung jagung dan masukkan kedalam adunan
  4. Apabila pekat masukkan butter
  5. Kacau dan tutup api
  6. Sejukkan semalaman sebelum digunakan.
  7. Sapu/ pipe kan krim custard ke dalam puff
~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: resepi ni diambil dari blog Auntie Nani Rostam aka mama Hanis Zalikha. Memang sedap. Aku ikut sebiji2 resepi dari blog tu. Better korang try. Lagi best bila dah masukkan krim tu, letakla strawberry/kiwi yang dah dipotong. Memang superb!!

5 comments:

saya_arief said...

sedap ni..
nak ...

Kazaztan Team said...

ehh senangye resepi cream puff nie...tak ada nak kena sembur2 air lak...nak resepi nie...tqqqq

Kancilbiru said...

sedapnyaaa...bila tah nak rajin baking..huhuhu

Anonymous said...

I hope, it's OK

yanie anuar said...

sedapnya..i follow

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.