Friday, August 27, 2010

Nuzul Quran

- image copied from MalayPenang -
Selamat Menyambut Nuzul Quran kepada semua yang berada di Selangor, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang & Terengganu. Lagi best kalo korang ambil cuti hari isnin n sambung terus 31st Aug.Wahaa..cuti sakan bulan2 puasa ni. Boleh shopping

Sempena Nuzul Al Quran ni, marilah kita renungkan bersama2 peristiwa yang terjadi pada 17 Ramadan
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. (sumber: islam.gov.my)
Antara panduan/iktibar yang boleh kita dapat daripada peristiwa ini adalah:
  • Tiada perkara yang tidak terdapat dalam Al-Quran (means setiap benda/perkara yang terjadi di atas muka bumi ini semua telah jelas ada di dalam Al-Quran. Terpulang kepada individu samada nak percaya atau tidak. Sebagai orang Islam kita mesti beriman kepada kitab2 Allah)
  • Ayat pertama yang turun di bumi ialah 'IQRA' yang bermaksud 'BACALAH!'
  • Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat, maka dianugerahkan 1 masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi 1000 bulan.


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.