Monday, August 16, 2010

.: Resepi Hari Ini: Mi Kari :.

DSC01168
- Mi Kari -



A
  • 1 peket mi kuning (dibasuh & dicelur)
  • 3 keping tauhu (digoreng & dipotong kecil2)
  • 200g kerang (direbus & dibuang kulit)
  • 1 ikat sawi (dipotong & dicelur)
  • Cili hijau (dihiris)
  • Daun sup + bawang (dihiris) - untuk hiasan
  • Bawang Goreng - untuk hiasan

B - Kuah
  • Rempah tumis (bunga lawang, kayu manis, cengkih)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 5 sudu rempah kari (dicairkan)
  • 1 kotak kecil santan
  • Dada ayam (dihiris)
  • 150g udang
  • 150g sotong
  • 2 keping fish cake (dihiris)
  • Air
  • Daun kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara - cara:
  1. Tumis rempah tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan bawang merah, putih & halia yang dikisar. Biarkan sehingga wangi.
  3. Masukkan daun kari, rempah kari yang telah dicairkan.
  4. Selepas itu, masukkan dada ayam. .
  5. Masukkan air. Ikutla kalau nak banyak kuah, lebihkan air.
  6. Apabila sudah menggelegak, masukkan udang, sotong & fish cake.
  7. Masukkan santan dan kacau supaya tidak pecah minyak.
  8. Kemudian tambahkan garam secukup rasa.
  9. Jika mahu makan, masukkan mi, kuah dan semua sekali bahan A kedalam mangkuk. Rasanya sangat meletup :)
~ SELAMAT MENCUBA ~
 
p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

2 comments:

atty's said...

antar semangkuk kt kty ..mee kari..

stormz said...

@atty's: bisa diatur dong! ;p

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.