Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

 "SELAMAT BERPUASA KAWAN2"

Hopefully Ramadan kali ni dapat memberi keberkatan kepada kita semua. Gunakan la 1bulan ni dengan memperbanyakkan ibadah2 sunat seperti bertadarus, bertarawikh etc


Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Umatku telah dikurniakan dengan 5 perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan dilautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa."

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bila mana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangiku."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadan. Pada malam terakhir Ramadan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam Lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya." (Sumber dari E-Zakat)

1 comment:

Kancilbiru said...

selamat berpuasa...semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna...:)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.