Monday, September 20, 2010

Raya moments

As promised ni la gambar2 time raya yang berjaya jugak dicapture kat rumah nenek sedara (eh, yeke nenek sedara?ke sepupu? Belasah jela)

Eh, before tengok gambar, baik korang baca journal raya aku dulu. Kalo xnak baca xpe, scroll down terus sampai jumpa gambar raya :)

1st Raya
After ayah balik solat raya, kitorg adik beradik ni pun bersiap2 nak terus balik kampung. Singgah kubur arwah mak dulu then baru balik. Jalan masa pagi raya jem tapi xlah seteruk pagi raya last year. Lebih 4 jam nak sampai Muar. Sampai Muar, terus singgah rumah kesayangan jap amik tv sebab tv rumah arwah neenk dah kena rompak dengan orang. Nak xnak kena jugak bawa. Kalo x malam nanti mati kutu kitorg kat kampung.

Sampai kampung, terus tukar baju n bersinsing lengan nak siang2 ayam untuk masak lauk kenduri tahlil malam tu. Rumah tu kosong je sejak nenek meninggal. Kadang2 je makcik datang situ tolong2 bersihkan ape yang patut. Dahla sampai2 sana je, baru ade 2 family je. Yang lain kat rumah in laws diorg. Memang kelam kabut sketla nak siapkan macam2. Nasib baik barang2 makcik dah tolong belikan.

Malam tu ada tahlil sket sebab dah genap setahun nenek meninggal. Dia meninggal 1week before raya tahun lepas. Lepas tahlil, makan2 xhenggat dunia. pastu borak2 dengan sedara mara yang lama xjumpa. Pastu update pasal preparation wedding my cousin. Pastu dekat pukul 12, semua berebut nak chop port untuk tido. Paham2 jela kalo kat kampung semua tido bergelimpangan kat hall.

2nd Raya

Bangun pagi2 je semua makcik2 dah siap bersilat kat dapur nak masak brekfast. Masak simple2 je abeskan semua barang basah yang ada. Lepas tu kitorang pergi ziarah kubur arwah atuk & nenek. Balik dari kubur, mandi2 siap bagai terus zass pergi raya rumah jiran belakang. Nenek ni dah tua. dah lama xnampak muka dia. Pastu rumah jiran yang belakang lagi. Pastu singgah rumah cik nah @ makcik yang sentiasa tengok2kan rumah arwah nenek. Lepak2 jap makan mi rebus. Pastu pergi rumah wak sitah. Ni xtaula pangkat pe dengan dia (nenek sedara?sepupu?dua pupu?) Yang penting sedara!!

Rumah wak sitah ni tradisional sket. So baru teringat ada camera dalam beg n amik gambar beramai2.









- 4 dara pingitan -



Mesti korang tertanya2 ape tradisional nya rumak wak sitah ni. Tunggula next update ye :) Peace!! Ni just gambar anak2 4 family je. Kalo full family ade, gambar anak2 pun xmuat nak masuk. Parents sume dok atas berborak2 dengan menggunakan bahasa jawa yang sepatah haramm pun kitorang xpaham. 

Pastu pergi rumah pakcik aku  kat parit jawa. Sampai sana semua cam dah letih2 seharian jalan. Panas membahang je 1hari tu. Pastu singgah rumah mertua makcik aku kat Parit Bakar. Dah uzur betul nenek tu. Pastu makcik2 & pakcik2 yang lain semua split balik rumah mertua diorang. Tapi family aku singgah rumah maklong sebelah arwah mak. Rupa2nye, 7buah rumah kitorg datang. Patutla penat semacam je. Pastu terus balik rumah tido --> rumah sendiri kat muar ye.

3rd Raya
Singgah raya rumah jiran sebelah jap. Husband dia kena strok. Pastu laju2 balik Putrajaya. Memang xpuasa beraya.xsempat nak jumpa kawan2 lama kat area taman  ni. Tapi nak buat camne, ade benda yang lagi penting menunggu.

4th Raya 
Demam

5th Raya
Baru baik demam n paksa diri sket untuk start buat coklat yang member order. 

6th Raya

Siapkan coklat

7th Raya
Pergi open house & tunggu tuan punya coklat datang amik.

8th Raya
Ayah demam pulak. So stay kat rumah n uruskan semua sijil2 my sis. Last minute baru nak buat.haha

9th Raya
Balik Muar kejap. Ada wedding anak sedara sebelah arwah mak. Pastu singgahla rumah jiranh2 kat area tu. Pastu terus pergi Seremban. My cousin buat open house @ housewarming kat rumah baru. Pastu singgah raya kat rumah my another cousin.

10th Raya
Pergi raya rumah maklong sebelah ayah kat Felda Pasoh n9. pastu kena ceramah sket sebab dah abes belajar, dah kerja tapi lom kawin lagi.huhuhu...lom ada rezekila paklong

11th Raya 
Kerja as usual :)

ok, babai ~~



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

3 comments:

Khumaera Ismail said...

halamak~~!!
u nie owg muar ke???

stormz said...

@Khumaera Ismail: yes saya org muo :) aka org sungai abong. org muo jgk ke?

Mohd Fadil said...

macam meriah jer raya...best dapat berkumpul keluarga beramai2 nih...

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.