Wednesday, September 8, 2010

.: Resepi Hari Ini: Kacang Botor Goreng :.

Bahan-bahan:
  • 1 paket kacang botor (dihiris menyerong)
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 50 g udang (dibuang kulit sedikit)
  • 5 biji cili padi (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu sos tiram
  • Sedikit air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
Cara Memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk sehingga wangi. Jangan biarkan terlampau kering
  2. Masukkan kacang botor yang telah dihiris.
  3. Masukkan sedikit air untuk melembutkan kacang botor.
  4. Bila mendidih, masukkan udang & sos tiram.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Masak sehingga kering
  6. Boleh dihidangkan :)
~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.