Thursday, October 21, 2010

Jerebu teruk di Muar

Hopefully keluarga2 aku yang berada kat Muar semua nya sihat2 belaka. Sila jaga kesihatan semasa jerebu ni.
KUALA LUMPUR - Tahap jerebu di Muar semalam memasuki paras berbahaya apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu mencecah 432.
Serentak dengan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan agar sesi persekolahan di daerah itu dihentikan buat sementara jika keadaan tersebut berterusan.
"Itu kalau sudah mencecah (bacaan IPU) 400, sudah dianggap bahaya, maka mestilah ditutup sehingga situasi kembali baik," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas bersama Majlis Keselamatan Negara berhubung situasi jerebu di Muar di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini semalam.
Dalam pada itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menghantar 10,000 unit penutup mulut dan hidung ke Muar selain bekalan air mineral untuk diagihkan kepada penduduk. (sumber: Kosmo)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

1 comment:

afraliza said...

hopefully jerebu tu x smpai melaka..

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.