Tuesday, November 30, 2010

Stop Child Abuse

Saban hari kita sentiasa terbaca di dada-dada akhbar atau pun di media elektronik tentang penderaan terhadap kanak-kanak yang semakin berleluasa. Pelbagai jenis penderaan yang dilakukan ke atas mereka insan-insan yang kecil dan lemah ini. Di antara penderaan yang di lakuka adalah:
  • Penderaan seksual
  • Emosi
  • Fizikal
  • Pengabaian kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan aman, sihat dan bebas daripada segala bentuk keganasan terhadap diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini disera,  pelbagai implikasi dan impak yang akan berlaku terutama sekali masalah emosi dan pertumbuhan fizikal mereka akan terganggu.

- image from Google -
  1. Penderaan Seksual: Sebarang aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa untuk mendapatkan kepuasan nafsu mereka. Golongan dewasa ini dikenali sebagai Fedofilia. Mereka menggunakan kanak-kanak yang suci ini sebagai bahan pemuas nafsu pelik mereka.
  2. Emosi: Kita boleh melihat perubahan kanak-kanak ini. Biasanya mereka ini kelihatan sangat murung, tidak mahu berbual sangat, sentiasa trauma dengan perkara-perkara yang tyelah dilakukan ke atas mereka. Biasanya mereka ini selalu dibuli, diejek & diperkecil2kan oleh rakan-rakan, menolak segala jenis bentuk rawatan yang kita mahu lakukan terhadap mereka.
  3. Fizikal: Penderaan fizikal adalah sangat jelas unutk kita nampak. Pelbagai kecederaan fizikal yang boleh dijumpai diseluruh anggota badan kanak-kanak ini samada hasil kesan daripada mencucuh putung rokok, rotan. Lebam dan luka dibadan akibat ditampar, ditumbuk, ditendang, goncangan samada dengan menggunakan tangan ataupun dengan objek yang lain.
  4. Pengabaian Kanak-kanak: Kanak-kanak yang terbiar ini sering berpeleseran di kaki-kaki lima jalan seorang diri atau pun dengan kawan-kawan dalam keadaan yang tidak terurus. Mereka tidak mendapat keperluan asas daripada orang dewasa. Mereka ini kurang diberi pengawasan yang secukupnya. Selain itu, kegagalan unutk menyediakan pendidikan, perubatan dan penyeliaan jugak merupakan 1 bentuk pengabaian kanak-kanak juga.
- image from Google -
Sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, saya menyeru kepada semua orang agar menghentikan segala jenis penderaan terhadap kanak-kanak. Mereka ini bakal menjadi pemerintah negara dan golongan cendekiawan. Rugi sekiranya mereka ini diabaikan dari kecil. Saya berasa sangat sedih setiap kali keluar berita tentang penderaan kanak-kanak ini. Mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain.

Kanak-kanak sepatutnya disayangi, diberikan segala bentuk pendidikan yang berkualiti supaya mereka semua ini maju kehadapan. Semua hak mereka tidak sewajarnya dinafikan oleh golongan dewasa.

Oleh yang demikian, saya sangatla menyokong kempen yang dijalankan oleh UNICEF ' Raise Your Hands, Stop Child Abuse'.

unicef


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

Monday, November 29, 2010

Haisshh

Dari 8.30 tadi sampai la sekarang ni still xbuat2 kerja lagi. Haissshh..ni sebab internet + network punye pasal la..orang yang in charge bende ni dua2 dah blah g kerja kat tempat lain.

Since jumaat sebenarnye problem ni dah ada. mula2 slow je..lama2 terus xboleh bukak page pape

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Friday, November 26, 2010

Branded Carnival Sale @ Cyberjaya (25 Nov - 3 Dec 2010)


Jom beramai2 pergi Branded Carnival Sale kat Cyberjaya. Pelbagai barangan menarik boleh dibeli di sana :)

Brands Offered
Adidas
Admiral
New Balance
Lotto
Ecko
Blue Toms
Goggles
Valentino
Playboy
LeeCooper
Kickers
Bebe’s Home
Chester
Peter Rabbit
and more

Time: 11am – 10pm

Location (Tel: 6016 2277 288)
Prima Avenue @ Cyberjaya
(Carpark Maybank & CIMB)

 Gaji2!!! Cepatla masuk dalam akaun. xsabar nak abeskan.hehehe

Sumber: Shoppingnsales.com

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Thursday, November 25, 2010

Hari ni Buat ape?

 Hari ni busy sangat. Meeting bagai dengan task melambak2 datang. Haisshhh
Ok, babai...

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Wednesday, November 24, 2010

Kukis Kak Ina KL yang Meletopp!

Hari Ahad yang lepas aku pergi jumpa Kak Ina KL yang famous amos dikalangan blogger tu.Jumpa dia sebab nak amik Kukis dia yang heboh dikatakan sedap oleh blogger especially geng2 Kak Ina KL tu. Tengok review sorang2 pasal kukis tu buatkan aku rasa nak try jugak.

So bermula sesi email berlaku di antara aku dengan Kak Ina ni. Nasib baik dia nak buatkan. So kitorang decide nak jumpa hari Ahad kat Petronas sebelah Hospital Pusrawi. Nasib baik hari ahad tu memang nak pergi area KL. So xkisahla kalu nak jumpa dia kat situ

- muka excited dapat kukis. senyum melebar.hehe -
Masuk2 kereta je terus rasa kukis yang baru dapat tu. memang terserlah kesedapan dia. Ade almond cincang n chocolate chip. Cam rasa cookies famous amos.

Tertunailah hasrat di hati nak merasa kukis ni. 1 family aku suka makan. Kalau xpercaya cuba tengok hasil bawah. Ni baru 1 hari setengah beli dah tinggal sikit.


Kak Ina pun ada kasi Kek Lapis Strawberry Cheese. Lembut dah sedap. Xmacam kek lapis yang aku selalu beli. Oily n manis. Korang bolehla try resepi kek lapis tu.


Kalo korang nak order bolehla hantar email kat Kak Ina. Senang je nak deal dengan dia. kak Ina, saya rasa cam nak order lagi.SEDAPPP!!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

.: Resepi Hari Ini - Popia Suhun :.


Bahan-bahan:
  • 200g suhun (direndam)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 batang carrot (dipotong memanjang halus)
  • 3 sudu daging ayam kisar
  • 1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang Goreng
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kulit Popia
  • Sedikit tepung gandum untuk melekatkan kulit popia (dicairkan)
Cara-cara memasak: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  3. Masukkan daging ayam kisar, carrott. Biarkan sehingga ayam masak n carrot lembut. Boleh juga kalau nak tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan suhun yang telah direndam
  5. Masukkan Knorr Pasti Sedap dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  6. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  7. Bila semua bahan dah rata, boleh la diangkat
  8. Buka 1 persatu kulit popia
  9. Letakkan sedikit inti di dalam kulit. Jangan terlampau banyak, takut pula inti terkeluar semasa menggoreng annti
  10. Lipat dan gulung popia.
  11. Letakkan sedikit tepung gandum cair untuk melekatkan kulit popia
  12. Sedia untuk di goreng/bakar/grill

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Tuesday, November 23, 2010

Sejadah Corak Khinzir




SEREMBAN: “Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi,” kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.
 Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.
“Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

“Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai.(sumber: HMetro - Sejadah Corak Babi)

Berhati-hatila semasa memilih sejadah atau ape saje jua barang yang dijual dengan harga murah. Kadang2 kita terlepas pandang benda2 camni disebabkan mata ni dah nampak harga yang sangat murah. Main cekut je ape yang ada kat depan mata.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Good Luck

Good Luck untuk student form  5 yang menjalani SPM.jawab elok2 ye :)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Friday, November 19, 2010

Clumsy nye kamu

Pernah x korang tengah jalan2 tiba2 je jari kaki tersadung bucu pintu, bucu meja?
xpun, pernah x korang tengah duduk buat kerja kat meja ofis, tiba2 kaki/lutut korang ni terlanggar kaki meja?

- credit to Google -
Sape pernah jadi camtu, sila share kat sini. Aku pun selalu jugak kena camtu. Ni sebenarnya baru je lepas terlanggar kaki meja. Terus ada idea nak update blog ku yang tercinta.ceewaah!!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Happy Friday

Happy Friday people :) Esok dah weekend. Ape plan korang?

Mostly senior cuti hari ni. So macam takut plak nak verify hotel ni sorang2. Kalo salah verify, abesla nanti.aiyok! Task hari ni menimbun2 cam bukit.huhuu

Ok,babaiii korang. Nak buat kerja ni

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha


Selamat menyambut Aidiladha kepada readers ...from the bottom of my heart..  yang beragama Islam. Dimulakan dengan takbir pada malam 10 Zulhijjah (malam ni), solat Aidiladha keesokan harinya dan disusuli dengan ibadat korban.

Aidiladha ni juga mengingatkan kita kepada sirah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dimana Nabi Ibrahim perlu membuat pengorbanan mengikut perintah Allah.

Okla..kepada sesiapa yang nak balik kampung tu, berhati2 di jalan raya ye. Jangan drive terlampau laju n sekiranya korang mengantuk, rehatla kejap kat r&r. Tahun ni aku raya kat Putrajaya je. Lagipun esok aku nak tengok 36 ekor lembu tumbang kat Presint 8 tu.heheh

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.





banner

Tuesday, November 16, 2010

Rain..rain..go away

Rain rain go away
come again some other day
Little Johnny
Wants to play
Rain rain go away


Dah 2 hari ni hujan lebat menggila kat area Cyberjaya n Putrajaya ni. Malam tadi kelkatu menyerang area apartment. Penuh koridor n balcony dengan kelkatu yang dah mati.
DSC01303
DSC01303


Dah lama xtengok kelkatu yang sangat banyak ni. Kelkatu ni sangat suka dengan lampu. So kalo korang nampak ada kelkatu kat rumah, korang padam je lampu. Buka jela 1 lampu kat luar rumah. nanti kelkatu tu akan kejar cahaya lampu yang kat luar.

Rumah dia kat dalam tanah. Agaknye semalam hujan lebat sangat, so rumah dia habis musnahla kot. Tu yang dia nak cari tempat panas. (eh, ni teori yang keluar dari mulut ayah aku since aku kecik lagi.xtaula betul ke x)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Hari Arafah

Hari ni adalah Hari Arafah dimana kesemua jemaah haji diwajibkan untuk berada di Padang Arafah untuk berwukuf. Untuk kita2 yang xmengerjakan haji, adalah digalakkan untuk berpuasa sunat pada 9 Zulhijjah.

Fadhilatnya sangat besar dijelaskan menerusi hadis Abi Qatadah r.a
Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim) (sumber: Fadhilat puasa wajib dan sunat sepanjang tahun)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Monday, November 15, 2010

Budak-budak biadap menampar pengemis

Wah, panjangnye orang ni type kat Google. Ni mesti gara2 video budak yang tampar pengemis time tengah tido tu. Aku ada dengar pasal ni kat HotFM pagi tadi on d way nak pergi ofis. Memang sangat kurang ajar. Siap gelak2 lagi lepas tampar tu.

- Budak-budak biadap menampar pengemis. Kalau inilah perangai remaja zaman kini, lupakanlah slogan masa depan negara yang gemilang dan terbilang -
Keyword2 ni dari Nuffnang analytic. Macam mana orang ni boleh sampai blog aku? sape tau angkat tangan cepat!!!
sebab...sebab...sebab...

kat right sidebar aku ni ade link dari OhTidak - Oh! Remaja melempang pengemis. So siapa2 yang google tu memang boleh masuk kat blog ni la..Ala2 curi trafik tapi dengan cara yang halal.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

Berzapinla kami


Finally, hari Sabtu lepas berjaya jugakla budak2 ni menari dengan baik sekali. Even ada yang merajuk sket2 pagi tu. Biasala budak2 kan. Gambar yang lain belum dapat dari photographer.So kalau dah dapat nanti aku buat entry ye :)

Ehem2, nampaknye budak2 ni bawak rezeki betul sebab ada orang merisik nak guna budak2 ni untuk menari nanti.Tapi xsurela confirm ke x.Ade jugak orang wanita umno risik2 ayah aku tanya if aku berminat nak buka kelas tarian tradisional. tu pun xconfirm lagi.hopefully adela rezeki ye nanti.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Friday, November 12, 2010

Tudung Ratu

Malam tadi aku pergi jap kat kedai Tudung Ratu Bangi. Banyak tudung cantik2 kat situ. Harga pun not bad jugakla. Macam2 pattern tudung ada jual kat sana. Rambang mata jap.hehe


Kitorang nak cari tudung kaler gold+hitam. Almaklumla..esok wedding cousin aku. So kenala ikut theme - Gold + Black. Susah jugak nak cari baju n tudung kaler2 camtu.


Aku suka tengok gambar model tudung tu - Fida aka Cikgu Syuhada dalam cerita Epilog Syurga Cinta yang pernah tayang kat TV3 b4 this.

Kalau korang nak pergi butik Ratu ni senang je. Butik Ratu ni terletak kat Bandar Baru Bangi. Area kedai yang baru bukak.xingatla seksyen berape tapi sederet dengan Kedai Ice Room, Yati Ayam Percik, Paparich. Kalau jadi member dapatla diskaun :)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Thursday, November 11, 2010

Sekitar Premiere Screening

Malam semalam aku dapat 2 tiket untuk pergi tengok movie Skyline kat TGV Wangsa Walk. Ni 1st time aku pergi situ. Thanks to my GPS sebab berjaya cari tempat tu sampai dapat eventhough tersesat jap bawah flyover.


Aku datang dengan my sista la of course. Sampai2 terus cari TGV sebab xtau kat  mane.Pastu tengok lom kul 8 lagi so memang confirmla orang2 Nuffnang xde lagi. So kitorang pun lepak2 makan2 dulu. Pastu sempat lagi usha2 pareo + sticker kat situ.

Orang perempuan kalau dah berjalan tengok2 baju ni memang confirmla xperasan masa dah berjalan laju. Tengok2 jam dah pukul 9. Ape lagi, kitorg pun jalan laju2 la naik atas. Dengan kamera problem, terus xdapat nak amik gambar. Ni gambar bawah ni hasil camera hp je.

DSC01283


See, orang yang datang lambat kenala duduk kat depan. Mendongak la kitorang berdua ni tengok Skyline. Kitorang siap dapat popcorn n air sorang 1. Disebabkan ade dresscode, so kitorang pun follow la (Sky-Blue Clothes / Face Painted Red)

DSC01284

Ni Robb. Dia nak kasi hadiah untuk best dress.

DSC01284

Ni la pemenangnya. xingatla plak ape nama dia. Tapi memang ikut betulla dress code tu. Muka siap berconteng ala2 cam gambar bawah ni. Kalo kamu si pemenang ni baca, dropla url kat sni.nanti aku update.


Ni hasil pembelian semalam. Pareo untuk pakai time my cousin kahwin dis weekend. 1st time nak pakai pareo yang ada buckle.selalu pakai yang ada tali


- sticker untuk coklat -
Okla..babai...

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

Review: Skyline

- credit to Nuffnang -
"Strange lights descend on the city of Los Angeles, drawing people outside like moths to a flame where an extraterrestrial force threatens to swallow the entire human population off the face of the Earth. Written by Universal Pictures (taken from uk.iMDb)"

Movie ni mengisahkan 1 kumpulan manusia terperangkap dalam 1bangunan akibat serangan yang berterusan daripada Alien. Alien2 ni akan menyedut semua manusia2 yang dia jumpa. Apabila manusia melihat cahaya biru yang keluar daripada langit, dengan serta merta muka n badan mereka keluar segala urat2. Kalo terlampau ikut pandang cahaya biru tu, mereka akan terus disedut oleh Alien dan otak2 mereka akan digunakan oleh alien tu untuk memusnahkan bumi.





Kalau korang nak pergi tengok movie ni, better korang fokus daripada mula sampai habis.Kalo x nanti korang xpaham jalan cerita ni. Ape lagi, cepat2 la booking tiket tu. takut abes plak nanti :)

Thanks Nuffnang sebab kasi tiket free. Next time kasila lagi. I like!!!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.