Wednesday, November 24, 2010

.: Resepi Hari Ini - Popia Suhun :.


Bahan-bahan:
  • 200g suhun (direndam)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1/2 batang carrot (dipotong memanjang halus)
  • 3 sudu daging ayam kisar
  • 1 sudu besar Knorr Pasti Sedap
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup & daun bawang
  • Bawang Goreng
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kulit Popia
  • Sedikit tepung gandum untuk melekatkan kulit popia (dicairkan)
Cara-cara memasak: 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali
  2. Tumiskan bawang besar sehingga naik bau
  3. Masukkan daging ayam kisar, carrott. Biarkan sehingga ayam masak n carrot lembut. Boleh juga kalau nak tambahkan sedikit air.
  4. Masukkan suhun yang telah direndam
  5. Masukkan Knorr Pasti Sedap dan garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  6. Masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  7. Bila semua bahan dah rata, boleh la diangkat
  8. Buka 1 persatu kulit popia
  9. Letakkan sedikit inti di dalam kulit. Jangan terlampau banyak, takut pula inti terkeluar semasa menggoreng annti
  10. Lipat dan gulung popia.
  11. Letakkan sedikit tepung gandum cair untuk melekatkan kulit popia
  12. Sedia untuk di goreng/bakar/grill

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

3 comments:

meriahceria said...

sedap kan...he3

stormz said...

@meriahceria: mmg best pn.sihat pn ye gak

seriwangi said...

Sedapnya...nanti nak cuba..

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.