Tuesday, November 30, 2010

Stop Child Abuse

Saban hari kita sentiasa terbaca di dada-dada akhbar atau pun di media elektronik tentang penderaan terhadap kanak-kanak yang semakin berleluasa. Pelbagai jenis penderaan yang dilakukan ke atas mereka insan-insan yang kecil dan lemah ini. Di antara penderaan yang di lakuka adalah:
  • Penderaan seksual
  • Emosi
  • Fizikal
  • Pengabaian kanak-kanak
Kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup dengan aman, sihat dan bebas daripada segala bentuk keganasan terhadap diri mereka. Sekiranya kanak-kanak ini disera,  pelbagai implikasi dan impak yang akan berlaku terutama sekali masalah emosi dan pertumbuhan fizikal mereka akan terganggu.

- image from Google -
  1. Penderaan Seksual: Sebarang aktiviti yang dilakukan oleh orang dewasa untuk mendapatkan kepuasan nafsu mereka. Golongan dewasa ini dikenali sebagai Fedofilia. Mereka menggunakan kanak-kanak yang suci ini sebagai bahan pemuas nafsu pelik mereka.
  2. Emosi: Kita boleh melihat perubahan kanak-kanak ini. Biasanya mereka ini kelihatan sangat murung, tidak mahu berbual sangat, sentiasa trauma dengan perkara-perkara yang tyelah dilakukan ke atas mereka. Biasanya mereka ini selalu dibuli, diejek & diperkecil2kan oleh rakan-rakan, menolak segala jenis bentuk rawatan yang kita mahu lakukan terhadap mereka.
  3. Fizikal: Penderaan fizikal adalah sangat jelas unutk kita nampak. Pelbagai kecederaan fizikal yang boleh dijumpai diseluruh anggota badan kanak-kanak ini samada hasil kesan daripada mencucuh putung rokok, rotan. Lebam dan luka dibadan akibat ditampar, ditumbuk, ditendang, goncangan samada dengan menggunakan tangan ataupun dengan objek yang lain.
  4. Pengabaian Kanak-kanak: Kanak-kanak yang terbiar ini sering berpeleseran di kaki-kaki lima jalan seorang diri atau pun dengan kawan-kawan dalam keadaan yang tidak terurus. Mereka tidak mendapat keperluan asas daripada orang dewasa. Mereka ini kurang diberi pengawasan yang secukupnya. Selain itu, kegagalan unutk menyediakan pendidikan, perubatan dan penyeliaan jugak merupakan 1 bentuk pengabaian kanak-kanak juga.
- image from Google -
Sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, saya menyeru kepada semua orang agar menghentikan segala jenis penderaan terhadap kanak-kanak. Mereka ini bakal menjadi pemerintah negara dan golongan cendekiawan. Rugi sekiranya mereka ini diabaikan dari kecil. Saya berasa sangat sedih setiap kali keluar berita tentang penderaan kanak-kanak ini. Mereka mempunyai hak untuk hidup seperti orang lain.

Kanak-kanak sepatutnya disayangi, diberikan segala bentuk pendidikan yang berkualiti supaya mereka semua ini maju kehadapan. Semua hak mereka tidak sewajarnya dinafikan oleh golongan dewasa.

Oleh yang demikian, saya sangatla menyokong kempen yang dijalankan oleh UNICEF ' Raise Your Hands, Stop Child Abuse'.

unicef


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.