Wednesday, January 19, 2011

Duit Syiling Bertaburan di Lebuhraya

Pagi ni on d way nak pergi office aku as usual aku bukalah radio nak dengar berita n cerita2 yang deejay suka bualkan. Pastu cam aku tertarik dengan 1 berita from HotFM pasal 1 accident kat highway n banyak duit syiling bertaburan.

Kejadian tu terjadi kat highway utara-selatan dekat exit Pedas. RM75 000 duit syiling yang bertaburan atas highway tu.


SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian. (sumber: Kosmo - Berebut duit syiling di lebuh raya)

Apa status kalo kita amik duit tu ye? boleh ke?

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan coklat homemade, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

7 comments:

atty's said...

kalau owner duit tu tak halal kan ..mmg tak boleh ..kecuali kalo dihalalkan..

stormz said...

@atty's: tula psl..kdg2 kalo jumpe duit ats jln pn sy xamik.tkut plak xhalal

Abang Suara said...

kalau dia halal kan xpe..rasa mesti dia halalkan..tak gila dia nk kutip semua..banyak tu =.=

http://www.suarapeople.com/

stormz said...

@Abang Suara: jenuhla nk kutip balik syiling2 tu.heheh

luvly mya said...

jenuh nak mengutip beribu-ribu duit syiling tu. ahahha

stormz said...

@luvly mya: haah.hahha

lunaticg said...

Salam Kenal.
kasian kat owner tu habis duit dia RM75K kena curi di siang hari. Semoga polis cepat membuat siasatan.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.