Wednesday, February 2, 2011

Rahsia Memasukkan Air Ke dalam Hidung

Hari ni aku saja nak share 1 artikel dengan korang tentang ibadah berwuduk. Salah satu anggota yang perlu dibersihkan sebelum solat adalah hidung. Setiap Muslim yang hendak bersolat perlulah memasukkan air ke dalam hidung dengan tujuan untuk membersihkan dari kekotoran.

Kalau korang nak tau, ada rahsia yang tersembunyi disebalik memasukkan air ke dalam hidung.


Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam:
إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات ، فإن الشيطان يبيت علىخياشيمه
Apabila bangun seseorang dari tidurnya,maka menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula sebanyak 3 kali,kerana syaitan bermalaman di khaisyumnya(tempat keluar dengung dari hidung).
~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Rahsia dari suruhan Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam tersebut:

Diantara musibah pagi seseorang adalah kengantukan di waktu barakah menyebabkan ia tidak mampu mengisinya dengan ibadah tapi digantikan dengan ketiduran.

Kalau diselidiki,sebenarnya yang membuat kita mengantuk dan malas di waktu pagi adalah disebabkan syaitan yang masih bermalaman di dalam hidung (iaitu bahagian atas) kita itu.Jadi,untuk menghalaunya dari bermastautin disitu adalah dengan melakukan istinthar;menyedut air dari hidung kemudian mengeluarkannya semula.Insya Allah...Hilang ngantuk dan kemalasan di waktu pagi.Mujarab!

Sunnah Rasulullah penuh dengan rahsia.Kita tidak mengamalkan sunnah Rasulullah samada kerana tiada ilmu atau kerana kita meremehkan sunnah tersebut dengan mengatakan 'Itu sunnah saja bukan wajib'.

Maka,tidak hairanlah bagi yang berkata sedemikian,diharamkan dari melakukan sunnah2 yang sangat digalakkan oleh Rasulullah samada diharamkan dari mula lagi iaitu tiada ilmu akan sunnah2nya atau selepas mengetahuinya iaitu diuji dengan kemalasan untuk beramal.Semoga Allah selamatkan kita dari pengharaman tersebut.

Setiap orang perlu yakini bahawa Rasulullah tidak lakukan sesuatu kecuali mengandungi rahsia yang agung,walau kita tidak tahu atau tidak terfikir akan rahsianya kerana mana mungkin akal kita terbatas ini dapat menyingkap rahsia wahyu.Dan Rasulullah tidak melakukan sesuatu kecuali berdasarkan wahyu.

Firman Allah ta'ala:
وما ينطق عن الهوى إن هو إلا وحي يوحى
Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.
ٍSurah Al-Najm:3-4

Tiada sunnah2 Rasulullah yang remeh.Kerana semua itu adalah dari kekasih agungNya.Jangan lihat APA tapi lihat SIAPA yang melakukannya!!!

Firman Allah Ta'ala:

وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ
Dan kamu menyangkanya ia perkara kecil, pada hal ia disisi Allah adalah perkara yang besar.

~Surah An-Nur:15

Jadi,Amalkan walau kamu tidak tahu rahsianya kerana apabila kamu mengamalkannya,Allah yang akan membukakan kepadamu rahsia tersebut.

- sumber dari 4wd email -



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

7 comments:

Kancilbiru said...

resdung pun hilang dik...memang akak amalkan..walaupun mula2 sedut tu pedih sikit tapi dah ok la ni...

stormz said...

@Kancilbiru: bgsla kalau resdung pn blh elok

~~su manje~~~ said...

Thanks sharing info...

em...tu sunat kan....ekekkeke
yang penting sempurnakan anggota wajib dulu....

stormz said...

@~~su manje~~~: tu sunat je. xbuat pun xpe.tp lg bgs buat ;)

Hanis Azla said...

info yg sangat menarik.. semoga ianya dpt diamalkan selepas ini.. thanks for sharing.. Salam kenal yer.

Anonymous said...

Salam...

Camne cara sedut ye? Just masukkan air then hembus ataupun sedut kuat2 sehingga terasa air kat belakang tekak?

buat anak kok coba coba said...

ane pernah kebablasan nyedot nya gan,,ampe nyeri di pangkal hidung selama berhari hari dan ane demam kerana hidung ane tekaknya iritasi.,,,

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.