Thursday, March 17, 2011

Lama betul saya menghilang

Hi Korang!!!
Lama betul aku xupdate blog ni. Sawang kemain banyak dah ni. Penat nak bersihkan. Aku adalah sangat super busy 2-3 menjak ni sebab nak kena siapkan order coklat yang banyak.

Alhamdulillah.. bisnes makin bagus even slow je. Tapi dapatla jugak side income. Takdelah hujung2 bulan tu sesak sangat. Aku nak jaja sket gambar2 coklat yang aku dah buat.

- coklat praline bunga biru-putih -
Junior sekolah aku order coklat ni untuk cousin dia nak kahwin this weekend. xsangka combination warna tu nampak menarik. Ni first time aku buat praline dengan kuantiti yang sangat banyak. Nak color tu pun satu hal jugak. Dahla time tu tengah hujan. So coklat yang biru putih ni punyalah cepat mengeras even dah letak kat atas air panas. Memang menguji kesabaran betul. 12 jam aku kerjakan coklat ni je. Almaklumla fridge xdela besar mana n mould pun xbanyak. So kena take turn tunggu.

- praline -
- Coklat Oreo edible Image -
Ni order from Customer dari Hulu Langat untuk wedding dia last week. 400 kotak coklat oreo aku kena siapkan. 4 malam berturut2 aku buat. Kalau buat awal takut xfresh la plak coklat tu nanti. Customer ni bagus betul. 2 bulan before dia nak coklat ni, dia dah contact aku n dah kasik deposit. Best dapat customer camni xbanyak songeh.

Thanks to my father sebab tolong aku siapkan coklat ni. Agaknye dia kesian tengok anak dia sorang2 buat kerja sampai pagi. Pastu pergi ofis asyik lewat je. Nasibla start keje boleh lambat sket. Kalau x menghadapla dengan HR.

- 400 kotak coklat oreo -
- coklat edible image -
Yang ni pulak officemate ayah aku order untuk hantar kat sekolah anak dia. Nampaknye bisnes dah berkembang sampai masuk MOHE. heheh. Ayah aku just bawak 3 biji coklat je kat ofis, terus dapat sambutan. Dengar2 ada yang nak oder untuk wedding. Xtaula jadi ke x. Kalau jadi aku mestila suke :)


Coklat edible Upin Ipin ni plak order dari akak ofis aku. Dia nak bawak balik kat kampung mertua dia untuk majlis aqiqah kat Klang. Laku betul dia cakap coklat ni kat sana sampai dia xsempat pun nak makan. Untuk coklat oreo ni biasanya aku gunakan biskut oreo flavour strawberry, blueberry or peanut butter. So xdela manis sangat bila orang makan.

Jap..jap..ade lagi ni. Korang jangan boring plak baca.


Cantik kan warna coklat ni? Aku suka sebab ceria sangat. Yang ni plak order dari akak ofis jugak untuk anak dia. Dah lama jugak dia order..tapi dia suruh buat time aku ade order yang banyak je. Dia nak tumpang order sekali.

Okla..kalau korang semua terliur nak merasa coklat ni, boleh je order dari aku.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

1 comment:

мyΞ'™ said...

iyliaaaa....

aku nk tempah choccsss!!!

for birthday!!

nnt aku PM kt FB!

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.