Tuesday, March 1, 2011

.: Resepi Hari Ini - Nasi Ayam :.

Nampak sangat dah lama aku x post entry resepi2 simple yang sangat senang untuk dimasak especially untuk orang bujang. So hari ni jom tengok resepi n cara2 nak masak Nasi Ayam. Gambar nasi lupa plak nak snap.


A - Sup Ayam

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil dan dibersihkan)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris/ dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris/ dikisar)
  • 1.5 inci halia (dihiris/ dikisar)
  • 1 batang carrot (dipotong besar2)
  • Sedikit Kayu manis, bunga lawang
  • 1 peket Sup Bunjut Adabi
  • 2.5 liter air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam gelugor
  • Bawang goreng untuk hiasan
  • Daun sup & daun bawang untuk hiasan
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan2 yang telah dihiris/dikisar. Goreng sehingga berbau wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan air, ayam, asam gelugur dan sup bunjut kedalam periuk.
  4. Biarkan ia mendidih
  5. Apabila sup telah menggelegak, angkat ayam dan toskan. Biarkan ayam separuh masak sebab hendak digoreng.
  6. Masukkan carrott yang telah dipotong dan tunggu sehingga lembut sedikit.
  7. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Lepas rasa sup dah ok, boleh angkat.
B - Nasi Ayam

Bahan-bahan:
  • 4 pot beras (cuci dan toskan)
  • Sup ayam secukupnya (untuk menggantikan air)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu butter untuk menumis
  • 1 batang kayu manis
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan butter di dalam rice cooker.
  2. Tumis kayu manis sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah dan putih. Goreng sehingga kekuningan.
  4. Masukkan beras yang telah ditoskan. Gaulkan dengan bahan tumisan dalam periuk.
  5. Masukkan sup ayam mengikut sukatan air semasa korang masak nasi putih.
  6. Masukkan daun pandan.
  7. Masak nasi seperti biasa.
C - Ayam Goreng

Bahan-bahan:
  • Gunakan ayam yang telah separuh masak semasa memasak sup
  • 4 sudu kicap manis
  • 1 sudu sos tiram
  • Sedikit madu (untuk mengilatkan ayam)
Cara-cara Memasak:
  1. Gaul ayam dengan semua bahan2.
  2. Goreng ayam seperti biasa. Jangan terlalu lama sebab ayam dah separuh masak. Selain tu, tak nak kasi ayam nampak rentung.
D - Sos

Bahan-bahan:
  • 7 batang lada merah (dikisar)
  • 4 biji bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sudu minyak
  • 2 sudu sos cili
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit air
  • Gula secukup rasa
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau.
  3. Masukkan lada yang telah dikisar. Biarkan  2-3 minit.
  4. Masukkan air, dan asam gelugor. Biarkan sehingga menggelegak
  5. Masukkan sos cili. Biarkan sehinggan sos nampak pekat dan minyak dah naik.
  6. Akhir sekali masukkan gula secukup rasa. Seeloknya, xpayahla manis sebab ni sos untuk makan nasi ayam.
E - Kicap

Bahan-bahan:
  • Campurkan kicap manis dan sup 

Tadaa!!! Kan senang je masak nasi ayam ni. Kalo tengok banyak je step, tapi kalo korang dah banyak kali try mesti akan rasa senang je.

~ SELAMAT MENCUBA ~
    p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

    banner

    3 comments:

    Nava.K said...

    The great thing about serving nasi ayam is its one complete meal for sure.

    Kancilbiru said...

    uii rajinnya masak...:)

    stormz said...

    @Nava.K: yes, for sure!

    @Kancilbiru: xdela rajin mne.ni sbb ayah xde kt rmh, so knela msk utk adik2 yg lain.hahah ;p

    ...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.