Thursday, April 21, 2011

Kuala Lumpur International Book Fair 2011


Kepada pencinta buku, ulat2 buku jomla beramai2 kita pergi Pesta Buku 2011 dekat PWTC mulai hujung minggu ni.

Xsabar aku nak pergi sane. Nak borong buku banyak2. Dah lama xshopping buku n magazines. Last year pergi situ pukul 10 pagi pun dah ramai gila orang. Bersesak2 la dalam tu cam sardin. banyak booth yang dibuka.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Wednesday, April 20, 2011

Review: LG Optimus 2x

Almost 1 week saya guna, baru hari ni sempat saya nak review  LG Optimus 2x ni.To be honest, saya langsung xpernah ada smartphone. Just belek2 member punya je. Tapi xdela nak amik tau sangat function yang ada dalam smartphone tu. Lepas baca review smartphone yang pernah blogger2 lain buat, barula saya faham smartphone ni ada pelbagai jenis OS - sama je macam komputer.

So ni rasanya 1st time saya buat product review yang agak detail. Oh, lupe plak nak bagitau... Sebenarnya Nuffnang dan GPlusMy bagi peluang keemasan untuk saya buat review pasal LG Optimus 2x (LG P990) ni. Sebenarnya xsangka jugak application saya tu diterima. Ingatkan diorang just kasi kat blogger2 yang famous je. Rupe2nya sangkaaan saya salah..Blogger picisan macam saya pun diorang kasi peluang buat review. Thanks!

Review ni from my own experience and perspective selepas menggunakannya selama 1minggu.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LG Optimus 2x (LG P990) adalah merupakan first dual-core smartphone in the world. Bila dengar 'Dual Core' mesti akan ingat kat processor komputer. Fuh! Dengar tu je dah rasa kemantapan smartphone ni. Dahla sekarang ni rasa xlengkap kalau keluar rumah xbawa handphone. Ade je benda yang best2 untuk kita share dengan kawan2. So bila dah ada smartphone ni, senangla sket nak share photos, videos and suara hati tu dengan member through facebook, twitter and blog.


Kalau tengah boring2 tu bolehla jugak layan main games yang best2 kat dalam smartphone ni. Lupa plak nak bagitau, LG Optimus 2x ni menggunakan platform Android yang tengah super duper hot kat market sekarang ni. Macam2 free application yang boleh kita dapat di Android market. Games pun banyak jugak n yang tengah famous sekarang ni adalah Angry Bird. 1 minggu saya guna LG ni, merasalah jugak saya main Angry Bird and try application yang lain.


Disebabkan LG Optimus ni menggunakan dual core processor, so saya boleh browse internet dengan sangat laju. Tengok video2 kat Youtube pun laju gila. Klik 'Play' and video terus dimainkan without buffering. Xde lansung tersekat2. Best gila ok!! Terus terbayang kalau2 la LG Optimus ni saya yang punya :) Mesti best *wink wink*

Dengan adanya kamera 8 megapixel, gambar2 yang saya amik nampak sangat2 cantik compared to my current handphone Sony Ericsson K660i. Dengan adanya LED Flash and auto focus telah menjadikan gambar2 menjadi cantik and sharp. Xpercaya? Better tengok gambar2 kat bawah ni. Saya xedit langsung.


- Kolam kat Xing Zhu Restaurant Cyberjaya -

- bila zoom, nampak ikan2 kat dalam kolam tu -
- zoom lagi sket -

- Using macro and LED Flash -

- without flash -

- with flash n gambar nampak sangat berkualiti -

- without flash n gambar still cantik jugak. Kalau edit sket nampak macam guna flash -
Kalau korang jenis yang selalu browse internet, twitter xhenti2, main facebook sampai lebam memang korang kena sentiasa standby charger. Bateri cepat habis kalau slalu guna.


Tengokla LG Optimus ni, slim n bergaya. Sorang member ofis cakap, LG ni lagi ringan dari HTC Desire yang dia tengah guna. Dengan menggunakan Gorilla Glass display, icon2 n background nampak dengan sangat jelas. Color pun cantik je. Xdela rasa rugi kalau beli pun. Kalau pegang secara horizontal, automatically screen display pun akan berubah juga sebab LG Optimus ni ade menggunakan Accelerometer sensor for UI auto-rotate.


Kalau xsilap, most of android phones are using touchscreen. So, LG Optimus ni pun samela jugak. Untuk orang2 yang dah biase guna keypad untuk type sms, blog entry memang rasa ada janggal la jugak sebab xbiase. Dahla jari2 ni sihat sangat. Asyik tersalah touch je bila nak type sms. Kadang2 xperasan type salah n terus je send. Pastu confirm orang yang receive sms tu blur xpaham.hahah

Tapi bila dah 2-3 hari guna, dah okla sket. tapi still kadang2 tersalah type juga. Kalau guna touchscreen ni, susahla jugak nak reply sms time driving. hiks..--> nampak sangat saya suka ber'sms' time driving. kantoi sudah!!

- slim x? -

- yang ini? -

Macam mana review saya setakat ni? ok x? Dah rasa nak beli LG Optimus 2x ni ke? Ok, jom baca lagi review saya yang xseberapa ni :)

Banyak features yang menarik ada dalam LG Optimus 2x (LG P990) ni. Korang boleh terus access Twitter, facebook, Email account korang direct from this smartphone dengan syarat korang ada internet access. Built-in WiFi ada dalam smartphone ni. Korang just kena pergi je kat tempat2 yang provide WiFi.

LG Optimus ni pun support Adobe Flash Player. So, website atau application yang menggunakan flash bolehla dimainkan dengan smartphone ni. Sangat best!

Kalau korang suka sangat tersesat nak pergi jalan2 tu, jangan risau. Dengan adanya GPS dalam smartphone ni confirm korang xkan tersesat lagi. Korang type je destination korang n GPS akan tunjukkan arah kebenaran ;)

- info credited to GSMarena -

- info credited to GSMarena -

So kalau korang dah rasa berminat nak kan LG Optimus 2x ni, pergila check kat website Celcom. Sekarang ni tengah ada offer - Celcom: LG Optimus 2x " The world's dual-core Smartphone" serendah RM 978. Pergh!! Menarik gila!!! nak jugak!!! --> meroyan jap nak handphone canggih




Dah teruja ke belum korang tengok pakej dari Celcom ni? Sangat2 berbaloi. xsampai 1K korang dah boleh dapat smartphone yang sangat 'smart' plus dengan plan yang sangat berbaloi ni.


Jangan tunggu lama2. Better korang pergo beli cepat2 sebelum offer tu abes. Okla, dah sampai masa saya pulangkan LG Optimus 2x (LG P990) ni balik. Thanks again to Nuffnang and GPlusMy. Next time kalau ade review product, choosela saya lagi :)


p/s: kan best kalau LG Optimus 2x ni jadi milik saya.....iylia, stop it! jangan berangan

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Friday, April 15, 2011

Penat jugak bisnes online

Hari ni rasa badan adalah sangat xbest sebab dapat tdo 1jam lebih je. Almaklumla malam tadi kena siapkan coklat2 customer and hadiah coklat giveaway sekali. Tu yang sampai 5.30 pagi pun dok sibuk wrapping parcel and siapkan packaging coklat.


Sape2 yang nak buka bisnes online especially coklat tu, korang pikirla banyak2 kali dulu. kalau korang larat bertahan sampai ke pagi, pastu kena rush pergi post office untuk poskan parcel customer, nak kejar customer suro buat payment, jawab email, jawab sms/call, beli stok, buat inventory, jadi tukang cuci mould n container2 yang digunakan time buat coklat, cari resepi2 coklat yang best, cari2 idea kat website oversea... fuhh!! banyak xterkira task yang kena buat kat rumah. Korangla boss n korang jugakla kuli


Usually aku start buat coklat by 9pm and biasenye 1day before customer amik, barula aku buat. Kalau order banyak 1week before baru aku akan buat untuk jaga kualiti & kesegaran coklat. Siang aku keje ye as usual kat Cyberjaya tu.

Eh, cantik betul gambar guna LG Optimus 2x ni. Clear gila.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Wednesday, April 13, 2011

Jom kepoci



Petang semalam pergi ofis Nuffnang amik handphone ni. Nantikan update review pasal phone ni ye kawan2.hehe.

Belum habis explore lagi.

Kalau korang nak tau, follow my twitter

Haa? Suspen ke x? Kalau korang terasa nak kepoci, jomla follow twitter aku. Nanti aku cerita kat situ. Kalau rajin, dengan gambar2 aku tweet sekali. hehehe


Ntah2, time korang baca ni aku dah sampai ofis Nuffnang. Ops!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Monday, April 11, 2011

Temuduga Terbuka - Semua orang boleh!

- image credited from Google -

Message: SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".


Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat

Wallahu-a'lam. Semoga
kita semua berjaya dalam temuduga ini.

** Ini adalah email yang aku dapat. So saje nak share dengan readers. Semoga kita semua boleh berjaya dalam temuduga tu nanti ye :)


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Monday, April 4, 2011

(Video) - Usop Wilca & Johan @ ABPBH



- video kredit to Nazwa69 -

Mengekek2 malam tadi masa nak tunggu diorang announce Bintang paling Popular. Terbaikla lawak Usop wilca n Johan kat atas stage tu. Tambah gamat dengan k.engku, shira n zizan.

Best2 :)

Congrats to all the winner!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Serius ni! Ape dah jadi dengan ikan ni?

Kalau korang nak tau, ayah aku ni buat part-time catering. So selalu lah aku ni kena ikut pergi pasar beli barang-barang unutk masakan. Kira dah macam PA la ni.heheh.. Orang kat pasar pun dah kenal muka kitorang n dah tau macam mane saiz ayam, daging n ikan yang nak dipotong. Sayur pun diorang dah boleh agak yang mana ayah aku nak pilih.

Biasanya kitorang beli barang-barang basah n kering ni dekat Pasar Borong Serti Kembangan tu. Macam2 barang ada. Semuanya fresh je.


Hari Jumaat haritu, kitorang pergila pasar as usual. Lepas beli barang2 semua, then balik la kat rumah kan. Sampai rumah, settle kan potong2 bahan semua then aku mestila nak lepak depan pc. check2 update blog orang, twitter, facebook bagai.

Tetiba mata aku ni cam menarik2 nak tengok 1 gambar yang member aku post. Nampak cam ade benda pelik la pulak kat gambar ikan yang dia post tu.

- ikan bersimbol pelik -

Cuba korang tengok kat perut ikan tu. Nampak sumting x? 

Ape benda nye simbol tu tu? Curious plak nak tau
  • Ada radiation ke dekat Malaysia ni?
  • Ke sebab bumi ni dah terlampau kotor sangat sampai timbul simbol pelik tu kat perut ikan?
  • Ataupun, memang sebenarnye ada spesies ikan yang bercorak camtu?
Pening plak pikir pasal simbol pelik tu. Pastu aku tryla google kat internet. Sekali terjumpa plak video kat bawah ni. Diorang pun jumpa jugak simbol pelik tu.


Korang rasa apa yang tengah terjadi sekarang? Kenapa ada simbol misteri tu?

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

Sunday, April 3, 2011

Panasnye Muar


Panas betul dekat Muar sekarang ni. Berpeluh2 kemas rumah arwah nenek. Dah xde orang duduk situ. Sempat la jugak singgah rumah2 sedara mara. Dah lame xjenguk diorg.


Dah penat kemas rumah, kitorang pergi melantak Murtabak Singapore dekat Tanjung Agas. Best in town!

Kalau korang nak pergi kedai ni, ikut je sign board nak pergi Pusat Bandar Muar ikut jalan tanjung Agas. Kedai ni  terletak disebelah Petronas.

Friday, April 1, 2011

12 tahun yang lepas...

Teringat lagi 12 tahun yang lepas...Masa tu baru je form 1 n still innocent je rupe. Time tu aku duduk kat hostel sekolah. Pagi2 tu bila nak bangun, rasa cam semacam je. Pehal keliling semua putih je. Pastu rasa kaki cam xboleh gerak2.

Golek2 kiri kanan, nampak putih je semua. Time tu ttiba je boleh plak terpikir, dah mati ke aku ni. Siap boleh check2 nafas lagi ada lagi ke x. Bila check nafas, dapat rasa. Cubit2 pipi, rasa sakit jugak. Haishh..pehal putih la plak ni.

Pastu aku try bangun. Rupe2nye kaki kena ikat. Pastu tengok kat tiang katil tu, ade orang gantung linen tutup katil aku. Ish, geram plak rasa.. Nak kata member2 yang same form 1 dengki, xkanla plak. Kitorang dahla xboleh nak stay up malam2.

Pastu terus amik towel n jalan terus kat toilet. Sampai toilet, tengok2 toilettries sume dah bercampur aduk. Ada orang lain punye barang plak dalam bakul aku. Geram plak rasa. Sapa la plak ni nak pedajal aku. Terkial2 aku cari barang2 yang dah termasuk dalam bakul toilettries orang lain.

Dah siap settle pakai baju nak pergi kelas, ttiba terdengar senior2 mengekek gelak. Pehal plak diorang ni. Pastu diorang ramai2 jerit 'APRIL FOOL!!!' Rupenye bukan aku sorang je yang kena dalam dorm tu. Tapi kitorang berempat budak form 1 yang kena.

Tapi disebabkan terlampau innnocent, sampai kelas terus tanye member apekebende april fool tu. Punyela xtau. Diorangla yang bagitau aku ape maksud april fool tu. Ceh, hampeh betul senior!! Geram je rasa, sampai boleh terpikir dah mati ke belum :(

April Fools' Day is celebrated all around the world on the April 1 of every year. Sometimes referred to as All Fools' Day, April 1 is not a national holiday, but is widely recognized and celebrated as a day where everyone plays all kinds of jokes and foolishness. The day is marked by the commission of good humoured or funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc. (quoted from Wikipedia)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

.: Resepi Hari Ini : Ayam Goreng Kunyit :.





Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sebiji lobak (dipotong bentuk bunga atau pun mengikut kreativiti korang sendiri)
  • Sedikit kobis bunga (dipotong kecil)
  • Batang saderi (Dipotong menyerong)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 10 biji cili padi (dipotong 3) - mengikut tahap kepedasan masing-masing

Cara-Cara Memasak:
  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 10 minit
  2. Panaskan minyak sehingga boleh menutupi ayam.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  4. Goreng sehingga masak kekuningan.
  5. Ketepikan sebentar.
  6. Tinggalkan sedikit sahaja minyak didalam kuali.
  7. Goreng kesemua sayur sehingga lembut sedikit.
  8. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.
  9. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan bersama sayur didalam kuali.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi panas.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kebanyakan resepi yang saya letak dalam ni adalah hasil observation saya selama ni terhadap cara masakan ayah saya. Kalau ada resepi yang saya tengok dari internet/buku, saya akn letak kredit sekali kepada tuan blog/buku tersebut :)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Sorry..dah tutup

Sorryla korang. Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage dah tutup. So sape2 yang hantar lewat, penyertaan korang tidak akan diterima. Jangan kecewa , akan ade next giveaway/ contest untuk korang.

Yang dah hantar penertaan tu, diharap korang tunggu. Ramai betul yang join. Xsangka seramai ini. Thanks korang!!!


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.