Friday, April 1, 2011

12 tahun yang lepas...

Teringat lagi 12 tahun yang lepas...Masa tu baru je form 1 n still innocent je rupe. Time tu aku duduk kat hostel sekolah. Pagi2 tu bila nak bangun, rasa cam semacam je. Pehal keliling semua putih je. Pastu rasa kaki cam xboleh gerak2.

Golek2 kiri kanan, nampak putih je semua. Time tu ttiba je boleh plak terpikir, dah mati ke aku ni. Siap boleh check2 nafas lagi ada lagi ke x. Bila check nafas, dapat rasa. Cubit2 pipi, rasa sakit jugak. Haishh..pehal putih la plak ni.

Pastu aku try bangun. Rupe2nye kaki kena ikat. Pastu tengok kat tiang katil tu, ade orang gantung linen tutup katil aku. Ish, geram plak rasa.. Nak kata member2 yang same form 1 dengki, xkanla plak. Kitorang dahla xboleh nak stay up malam2.

Pastu terus amik towel n jalan terus kat toilet. Sampai toilet, tengok2 toilettries sume dah bercampur aduk. Ada orang lain punye barang plak dalam bakul aku. Geram plak rasa. Sapa la plak ni nak pedajal aku. Terkial2 aku cari barang2 yang dah termasuk dalam bakul toilettries orang lain.

Dah siap settle pakai baju nak pergi kelas, ttiba terdengar senior2 mengekek gelak. Pehal plak diorang ni. Pastu diorang ramai2 jerit 'APRIL FOOL!!!' Rupenye bukan aku sorang je yang kena dalam dorm tu. Tapi kitorang berempat budak form 1 yang kena.

Tapi disebabkan terlampau innnocent, sampai kelas terus tanye member apekebende april fool tu. Punyela xtau. Diorangla yang bagitau aku ape maksud april fool tu. Ceh, hampeh betul senior!! Geram je rasa, sampai boleh terpikir dah mati ke belum :(

April Fools' Day is celebrated all around the world on the April 1 of every year. Sometimes referred to as All Fools' Day, April 1 is not a national holiday, but is widely recognized and celebrated as a day where everyone plays all kinds of jokes and foolishness. The day is marked by the commission of good humoured or funny jokes, hoaxes, and other practical jokes of varying sophistication on friends, family members, teachers, neighbors, work associates, etc. (quoted from Wikipedia)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

4 comments:

meriahceria said...

hahahahhaa..april fool pun tak tau ka...aiyak...takpe...aku pun tak tau gak masa kecik dulu2....

stormz said...

@meriahceria Memang xtau sepatah haram pun pasal april fool tu.

huh!jangan ade senior tjumpe blog ni dahla.

chii said...

ishk..x patut sungguh dorang wat camtu..
krg ni kalo ar ada yg wat camtu lagik..kasi lempar ke luar je

k.e.r.i. said...

bagitahu lah sekali asal usul April Fool tu.
orang Islam tak boleh sambut April Fool, sama macam Valentine's Day.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.