Friday, April 1, 2011

.: Resepi Hari Ini : Ayam Goreng Kunyit :.





Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil
  • 3 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sebiji lobak (dipotong bentuk bunga atau pun mengikut kreativiti korang sendiri)
  • Sedikit kobis bunga (dipotong kecil)
  • Batang saderi (Dipotong menyerong)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat-bulat)
  • 10 biji cili padi (dipotong 3) - mengikut tahap kepedasan masing-masing

Cara-Cara Memasak:
  1. Perap ayam bersama serbuk kunyit dan garam selama 10 minit
  2. Panaskan minyak sehingga boleh menutupi ayam.
  3. Masukkan ayam yang telah diperap tadi.
  4. Goreng sehingga masak kekuningan.
  5. Ketepikan sebentar.
  6. Tinggalkan sedikit sahaja minyak didalam kuali.
  7. Goreng kesemua sayur sehingga lembut sedikit.
  8. Kemudian, masukkan bawang besar dan cili yang telah dipotong.
  9. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaulkan bersama sayur didalam kuali.
  10. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi panas.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kebanyakan resepi yang saya letak dalam ni adalah hasil observation saya selama ni terhadap cara masakan ayah saya. Kalau ada resepi yang saya tengok dari internet/buku, saya akn letak kredit sekali kepada tuan blog/buku tersebut :)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

4 comments:

Izzatul Iman said...

nyam2...sedap buat lunch...

my husband selalu masak ayam tu tanpa minyak dulu, sebab ayam akan keluarkan minyaknye, dia akan letak sikit air biar tak melekat...kemudian goreng ayam sampai air dan minyak kering...jadi lebih sihat (kurang minyak disebabkan minyak ayam dah kuar)...

just sharing...

stormz said...

@Izzatul Iman Thanks 4 sharing izzatul. nnt sy try buat cmtu plak. msti lg sht

Nava.K said...

Like the ayam kunyit, thanks for sharing,

Diary of Kay El said...

Guna nonstick pan.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.