Monday, April 4, 2011

Serius ni! Ape dah jadi dengan ikan ni?

Kalau korang nak tau, ayah aku ni buat part-time catering. So selalu lah aku ni kena ikut pergi pasar beli barang-barang unutk masakan. Kira dah macam PA la ni.heheh.. Orang kat pasar pun dah kenal muka kitorang n dah tau macam mane saiz ayam, daging n ikan yang nak dipotong. Sayur pun diorang dah boleh agak yang mana ayah aku nak pilih.

Biasanya kitorang beli barang-barang basah n kering ni dekat Pasar Borong Serti Kembangan tu. Macam2 barang ada. Semuanya fresh je.


Hari Jumaat haritu, kitorang pergila pasar as usual. Lepas beli barang2 semua, then balik la kat rumah kan. Sampai rumah, settle kan potong2 bahan semua then aku mestila nak lepak depan pc. check2 update blog orang, twitter, facebook bagai.

Tetiba mata aku ni cam menarik2 nak tengok 1 gambar yang member aku post. Nampak cam ade benda pelik la pulak kat gambar ikan yang dia post tu.

- ikan bersimbol pelik -

Cuba korang tengok kat perut ikan tu. Nampak sumting x? 

Ape benda nye simbol tu tu? Curious plak nak tau
  • Ada radiation ke dekat Malaysia ni?
  • Ke sebab bumi ni dah terlampau kotor sangat sampai timbul simbol pelik tu kat perut ikan?
  • Ataupun, memang sebenarnye ada spesies ikan yang bercorak camtu?
Pening plak pikir pasal simbol pelik tu. Pastu aku tryla google kat internet. Sekali terjumpa plak video kat bawah ni. Diorang pun jumpa jugak simbol pelik tu.


Korang rasa apa yang tengah terjadi sekarang? Kenapa ada simbol misteri tu?

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.