Monday, May 16, 2011

.: Resepi Hari ini: Crab Sandwich :.


Bahan-bahan:
  • 2 keping Croissant
  • 3 keping jejari ketam (Crab Stick)
  • 1/2 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 1 1/2 sudu mayonis
  • 1 biji tomato (dihiris)
  • Sedikit kobis (dihiris)
  • Salad
  • Timun dihiris
  • Sedikit Daun Parsley segar (dihiris halus)
Cara-cara:
  1. Rebuskan jejari ketam sehingga masak. Kalau dah terapung atas air tu kira dah masaklah :)
  2. Belah sedikit croissant ditengah (untuk disumbat ketam)
  3. Hiris jejari ketam (dalam 1cm)
  4. Satukan jejari ketam, mayonis, lada hitam, daun parsley, tomato, dan kobis di dalam mangkuk dan gaul sehingga mayonis rata.
  5. Letakkan salad dan timun didalam croissant ( Ikut suka lah nak letak banyak mana)
  6. Sumbatkan jejari ketam yang telah mesra digaul dengan bahan lain ke dalam croissant.
  7. Sedia untuk dinikmati sebagai sarapan. Mudah disediakan. Xsampai 10minit dah siap.
~ SELAMAT MENCUBA ~

2 comments:

Mat Gebu said...

ada kelassss.....

stormz said...

@Mat Gebu Auw!! Xsangke Mat Gebu singgah sni. I loike :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.