Monday, June 13, 2011

:. Resepi Hari Ini - Roasted Honey Blackpepper Chicken :.






Bahan-Bahan:

  • 6 ketul daging ayam
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
  • 1/2 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu besar madu
  • 1/2 biji lobak merak (dipotong 1inci) **
  • 1 biji kentang bersaiz besar (dipotong 1 inci) **
  • 3 biji bawang merah (dibelah 2) **

Cara-cara Memasak:
  1. Perap semua bahan kecuali bahan bertanda ** selama 1/2 jam.
  2. Susun ayam yang telah diperap ke dalam dulang pembakar. Letak sedikit air perapan di atas ayam.
  3. Susun lobak merah, baang merah dan kentang yang telah dipotong ke dalam dulang pembakar yang sama.
  4. Bakar ayam di dalam oven dengan suhu 180 degrees selama 45 minit.
  5. Pada minit ke 25, keluarkan ayam sebentar dan jirus ayam dengan baki perapan tadi (seperti membuat ayam percik) Bakar sehingga naik bau. Sekiranya ayam belum masak dalam masa 45 minit, anda boleh teruskan bakar sehingga ayam naik bau wangi.
  6. Sedia untuk dihidangkan dan anda boleh makan begitu sahaja ataupun cicah bersama sos cili.

~ SELAMAT MENCUBA ~


Tips memasak: Jangan kelarkan ayam especially bahagian peha sebab boleh mengakibatkan jus2 ayam terkeluar semasa memasak.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

5 comments:

Nava.K said...

Hsve to agree a very simple and delicious recipe, lovely roasted chicken is the outcome.

stormz said...

@Nava.K Simple n easy to prepare :)

bro@stokisonline said...

waahh...bkn men sedap lg...very tempting

kak ina kl said...

sodap dan mudah menyediakannya

saiazuan said...

nyum2 :D

jalan2 sini :D

list move bulan depan
http://eleventx.blogspot.com/2011/06/upcoming-july.html

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.