Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan datang lagi

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik sekarang ni dah sampai ke penghujung bulan Syaaban. Minggu depan dah masuk bulan Ramadan. Sape2 lagi yang belum habis ganti puasa tu eloklah korang ganti puasa minggu ni. Pulun ganti habis-habisan.

Bulan Ramadan ni adalah bulan yang sangat mulia dan penuh barakah dimana semua orang Islam akan berpuasa selama 1bulan. Bukan saja puasa dari makan dan minum, tapi juga puasa dari segi nafsu, pandangan, perbuatan juga.

Bulan puasa ini adalah bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Time ni la kita perlu beribadat secukup2 nya. Bulan untuk mencari keredaan Allah.

Kelebihan Bulan Ramadan:
  • Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
  • Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  • Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- (sumber: Kelebihan Ramadan)


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

6 comments:

eiela said...

yup, tinggal beberapa hari je lagi kan. tak sabar nak puasa, bulan nih bulan rahmat.

Finaz Jaafar said...

lagi beberapa hari jeh..selamat berpuasa=)

Diana @ bilakukatacinta said...

salam kenal dear~~ selamat berpuasa

stormz said...

@eiela ye, mmg bln rahmat

stormz said...

@Finaz Jaafar slmt bpuasa jgk :)

stormz said...

@Diana @ bilakukatacinta hi :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.