Thursday, August 25, 2011

Persiapan Hari Raya

Macam mana persiapan raya korang? Baju, kasut, handbag, langsir, perabot semua dah bertukar ke? Dah dekat2 nak raya ni, selalu lah jugak aku ni terdengar ada lori2 perabot/barang elektrik datang hantar barang kat bawah rumah ni. Almaklumla rumah kat tingkat 1 n tingkap bilik aku tu boleh nampak terus ke lobi apartment. Sempatla jugak skodeng2 tengok jiran beli barang pe.hehehhe ;p


Sejak dah jadi orang dewasa ni mood nak beli kasut/beg raya memang dah xde nafsu langsung. Cukupla dengan baju raya n tudung je aku beli. Time budak2 dulu kalau boleh setiap kali raya nak semua yang baru je.

Setiap tahun boleh dikatakan kitorang 1family ni memang pengunjung setia Jakel since Jakel ni kat Segamat lagi. Sanggup tu dari Muar pergi ke Segamat semata2 nak beli kain yang berkualiti dari Jakel ni. Kalau korang nak tau ada 1 baju kurung aku ni kainnye aku beli kat Jakel. Aku pakai time form 1 n sampai sekarang kain tu still elok xde tetas/koyak2. Memang terbaiklah kain Jakel ni. --> Ini bukan entry promosi tau. Tapi memang betul kain dia bagus. Tahan lasak n warna xluntur pun.


Sebenarnya tahun ni dah pergi cari kain nak anta kat tailor dalam bulan 5 camtula. Tapi haritu before puasa kan Jakel ada buat promosi, so ayah aku ajaklah kitorang jalan cuci mata kat sana. Ingatkan jalan saje2 je..Tetiba ayah aku cakap amikla baju kurung tu. Wahh!! Kitorang adik-beradik ape lagi. Terus tsenyum sambil jalan laju2 cari baju mana yang nak.heheh. Thank You ayah!

- kain Thai Silk yang sangat aku suka :) -

Kasut pakai yang dah ada je kat rumah ni. Kuih raya dah siap. Buat sket2 je kat rumah. Kerepek beli kat Fazz Banting, langsir rasanya macam xdapat jahit je. mesin jahit dah rosak. Ayah aku cakap mesin jahit tu sebaya dengan umur aku. Sebab tu dia dah rosak. Berjasa betul mesin jahit singer tu. Macam2 langsir n baju berjaya ayah aku jahit selama ni. Xpelah. Boleh guna yang lain.

Tinggal nak kemas rumah je. Tu je yang belum n also rumah kat Muar n rumah arwah nenek.

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.