Tuesday, August 16, 2011

Shopping Kerepek @ Fazz Enterprise Banting

Hari Ahad yang lepas kitorang 1family jalan2 pergi cari kerepek dekat Banting. Reason jalan jauh sangat tu sebab selalu makan kerepek yang akak ofis ni bawa. Setiap kali dia kasi rasa semuanye sedap2. Disebabkan sedap so aku pun tanyelah kat mana dia beli semua tu. Dia cakap kerepek2 yang dia bawa tu dia beli dekat FAZZ ENTERPRISE Banting


Sampai2 je kat sana, dari jauh kitorang dah nampak kereta berderet2 parking kat tepi jalan. Dahla jalan tu sempit. Penuh kereta orang oarking kat rumah2 keliling tu semata2 nak pergi Fazz Enterprise ni.


Tengokla keadaan dalam kedai ni. Penuh gila dengan orang. Memang famous la Fazz Enterprise ni.


Pelbagai jenis kerepek ada terjual di Fazz Enterprise ni. Korang bawak jela duit and terus je amik2 kerepek ni. Harga memang sangat2 berpatutan.

Kalau korang datang sni, make sure kena ada sorang yang dah queue untuk bayar. Kalau x, lamalah korang kena beratur.


Senang je kalau nak pergi sini. Korang terus ke Bandar Banting. Make sure korang sampai ke Hospital Banting. Kalo dah jumpe hospital. Jalan depan sket sampai nampak signboard Kanchong Darat. Kalau dah nampak signboard tu jangan laju sangat. Nanti sebelah kiri korang akan nampak Jalan Cempaka n signboard Fazz Enterprise. So korang follow je signboard Fazz Enterprise tu. Kena masuk dalam kampung.


Fazz Enterprise
Lot 662, Jln Cempaka,
Kanchong Darat, 42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia

2 comments:

madammondoq said...

i pun tiap tahun beli kerepek raya kat sini.. mmg sedap!! tapi ramai giler oo..

Sobri Mansor said...

Kalau sedap dan berkualiti, memang akan menjadi tempat tumpuan la.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.