Thursday, August 25, 2011

.:Resepi Hari Ini - Tat Nenas Nyonya:.


Tat Nenas Nyonya
(source: Dapur Tanpa Sempadan)

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 camca teh gula aising
  • 1 biji telur
  • 1/4 camca teh garam
  • Minyak sapi atau mentega secukupnya (anggaran dalam 3 camca besar) ---> sy guna buttercup 
  • Sedikit pewarna makanan warna kuning
  • Kuning telur untuk disapu ---> sy xletak pun 
  • Jem Nenas boleh ikut resepi ni  --> sy beli jem yang dah siap dekat bakery shop
Snek yang sangat sedap untuk dihidangkan semasa Hari Raya. Xcukup 1pek seorang

Cara-cara Membuat:

Untuk Pastry
  1. Satukan tepung gandum, garam, gula aising dan gaul rata.
  2. Pukul telur dengan sedikit pewarna
  3. Masukkan telur yang telah dipukul kedalam campuran tepung. Gaul dengan hujung jari sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti
  4. Tambah mentega/minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai
  5. Rehatkan 10 minit
Untuk Jem
  1. Gentel jem sebesar ibu jari
  2. Canai doh lebih kurang 0.5 cm dan kemudian terap menggunakan acuan tat.
  3. Letakkan jem diatas. Buat sehingga siap
  4. Canaikan lebihan doh nipis2 dan potong doh menjadi 'X' yang kecil2. Letak diatas jem. Sapukan telur kuning, --> sy xbuat pun
  5. Bakar di dalam oven dengan suhu 170C selama 20-25 minit atau sehingga kuning keemasan

p/s: Sedap jugak tat nyonya Mat Gebu ni. Sorila gambar kat atas tu kurang senonoh sket. Almaklumla dah lama sangat xbuat kuih2 raya ni. Tu yang senget benget jem.



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.