Monday, August 1, 2011

.:Resepi Hari Ini - Spagetti Ayam Bermadu:.


Bahan-Bahan:
  • Spagetti (Direbus dengan meletakkan sedikit minyak dan garam)
  • 3 keping dada ayam (dihiris) *
  • 1 1/2 sudu besar madu *
  • 2 sudu besar kicap manis *
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 ulas bawang merah (dicincang)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • Carrott (dihiris bunga)
  • Kobis Panjang (diris kecil2)
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa
Cara-cara Memasak:
  1. Perap bahan2 bertanda * selama 1/2 jam. Selepas itu, grill kan di atas frying pan dengan sedikit minyak. Masak sehingga daging ayam keperang-perangan.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga naik bau.
  3. Masukkan sayur2 dan masak sehingga sayur lembut sedikit.
  4. Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam dan masukkan spagetti. Gaul hingga rata.
  5. Kalau kurang masin, boleh masukkan garam.
  6. Masukkan ayam yang telah di grill dan tomato. Gaul sebentar dan boleh diangkat.
  7. Taburkan dengan daun sup dan daun bawang.
~ SELAMAT MENCUBA ~

10 comments:

meriahceria said...

sedap la...yum yum yum

NurulAini said...

Lepas ni, boleh cuba resepi ni plk. hiks!~ :)

Thristhan said...

Ok, looks tasty actually :)

Nava.K said...

Lovely looking,esp the gorgeous colors.

Ila Mhd Noor said...

ohh cam best jekk. senang lak tu. nak copy la resepi ni? boleh tak :)

stormz said...

@meriahceria mmg sdp.kn k.julie dh rasa

stormz said...

@NurulAini boleh je. sng nk buat xsmpai 1/2 jam

stormz said...

@Thristhan definitely yes!

stormz said...

@Nava.K yep!

stormz said...

@Ila Mhd Noor copy jela.mmg publish utk share dgn org rmai :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.