Thursday, September 15, 2011

Majlis Pratonton Filem 'LIBAS'

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri. Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw. Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam "LIBAS"......(kredit to Libas The Movie Official Website)


Malam tadi bertempat di TGV Wangsa Walk telah diadakan sesi pratonton filem Libas arahan Jurey Rosli. Aku berjaya dapatkan 2 tiket under Redmummy. Thanks K.Red :)

Bagi aku movie ni memang best n sangat2 kelakar. Memang 1hall ketawa kuat gila. Yang paling best bila Team Malaysia menang selepas menentang Thailand, beramai2 orang dalam hall tu bertepuk tangan n cakap Malaysia Boleh!

Pelakon2 dalam filem ni memang bagus. Pandai berlawak n berlakon. Aku kasi rating 4/5 star. Kalau korang nak tengok filem Libas ni, ia akan ditayangkan pada 29 September 2011.


p/s: nampak ramai blogger yg dikenali semlaam.tapi xsempat nak tegur

6 comments:

Diyana said...

lepas tgk movie malam tu satu hall tepuk tangan sebab bangga Malaysia menang..mcm tgh tengok livekan.hahaha i antara salah satu yg dpt tiket kak red jugak :)

meriahceria said...

jap..gelap nye..kekekekekh(padahal wayang dah gelap)

stormz said...

@meriahceria dlm tu gelap daaa..

stormz said...

@Diyana mmg rs bangga btul

Eyriqazz said...

tahniah...anda salah seorang pemenang..

http://www.eyriqazz.com/2011/09/cer-teka-cer-teka.html

stormz said...

@Eyriqazz yay!!!! 1st time menang dr eyriqazz :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.