Friday, December 16, 2011

Nasi Beringin Muar

3 minggu lepas aku balik Muar. dah lama sangat xbalik Muar since raya puasa haritu. Kemas2 rumah kat sana n kemas rumah arwah nenek.

Tiap kali kalau balik Muar, confirm aku akan request dengan ayah aku nak pergi makan kat kedai2 yang jual food orang muo. Kat tempat lain susah nak dapat.

Salah satunya adalah Nasi Beringin Muar. Korang pernah dengar x nasi beringin ni? Nasi ni lebih kurang macam nasi lemak. Tapi ada rasa serai2 n halba sikit. Biasanya makan nasi beringin time breakfast.


Dekat Muar ni, bila orang tanya kat mana boleh beli nasi beringin, confirm orang akan suruh korang pergi je kat Hentian Maharani.  Dekat situ ada 1deretan kedai2 makan yang semuanya menjual nasi beringin.

- Traders Hotel yang betul2 bersebelahan dengan Hentian Maharani -
Hentian Maharani ni terletak dekat Jalan Maharani - betul2 bersebelahan dengan Sungai Muar. Kalau korang sampai kat Jambatan Muar tu, kawasan yang jual nasi beringin ni kat sebelah kanan.


Dulu2 ayah aku kerja kat Pejabat Daerah Muar. So memang dekat sangatlah kedai ni dengan ofis ayah aku. Kadang2 dia siap tapau lagi untuk kitorang adik beradik kalo time cuti sekolah sebab kitorang duduk sendiri je kat rumah. xde sape jaga.

Kedai fav ayah aku adalah 'Kedai Nasi Beringin Hashim'. Tapi dulu nasi dia kaler kuning, tapi sekarang dah kaler putih. Maybe sebab anak orang ni dah take over. Rasa sedap tapi yang dulu punye lagi sedaaapppp!!!


Harga Nasi Beringin ni serendah RM 2.50 (depends on lauk yang korang nak). Sebelah kedai ni nama dia "Kedai Abang Sayang". Time kecik2 dulu setiap kali lalu sni mesti tergelak2 tengok signboard abang sayang yang besar tu.hehhe..Ntah apelah yang aku pikir dulu2 tiap kali nampak signboard kedai tu ;p


Ok, lepas ni kalau korang datang Muar, boleh try makan Nasi Beringin ni. rasanya kat tempat lain xboleh dapat. Murtabak Singapore kat Tanjung Agas pun sedap jugak! Mi Bandung Muar pun sedap jugak!!! Tapi mi bandung muar yang ayah aku jual lagi sedap ok!!!! tapi kalo korang nak order untuk sorang makan xdapatla. Ayah aku jual kalo lebih 10orang nak makan. Almaklumla, bukannya jual tiap2 hari. Depends on order maaa :)




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

1 comment:

ysaimoi said...

Saya seorang penduduk Muar dan selalu makan .nasi beringin sejak Pak Hasim menjualnya. Tetapi nasi jni sekarang tidak begitu berselera seperti dulu.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.