Wednesday, January 25, 2012

Cuti CNY

Disebabkan lastweek cuti panjang, jadi harusla kitorang 1family balik Muar. Menjengah2 apa2 yang patut kat kampung. Balik Muar Ahad malam sebab tunggu my sis habis kerja kat Hulu Langat. Dah alang2 kat situ, kitorang lalu jela LEKAS. Memang efficient sebab jalan kat highway plus tu selalu sangat xpasal2 jem kat area rnr seremban -> tol seremban. Padahal selalu xde pun accident kat situ, tapi jem je memanjang. So aku rasa jalan tu memenag dah kena cursed.

Banyak pulak intro tu.huhhu..Pagi2 Isnin, lepas breakfast cara orang muo aka breakfast makan sate terus balik kampung arwah nenek. Memang tiap kali balik Muar even sekejap je pun, ayah memang akan balik sini jugak. Basuh2 rumah even xde orang duduk. Bakar2 sampah n tengok2 kot2 ada pisang yang dah nak masak.


Masa sampai tu dah nampak kereta family makcik aku dah ada kat depan rumah. Biasanya kalau diorang balik memang diorang akan kutip semua kelapa2 tua tu. Senang nak buat masak nanti. So kitorang pun joinla aktiviti diorang yang tengah pungut n kopek buah kelapa.


Sempatla jugak aku try kopek kelapa pakai satu alat ni. Just cucuk je n tarik. Terus terkopek. Terus kagum jap sebab xpernah jumpe.hehe





Lepas dah buat2 kerja tu, makcik yang duduk kat kampung tu pulak sampai. Dia baru balik dari kenduri, so adela 'berkat' (food) yang dibawak. Berpiknikla kitorang kat depan rumah tu. Best jugak sebab angin kuat.


- pics semua credit to my cousin -


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday, January 20, 2012

Underworld: Awakening

- pic credit to ImDb -
When human forces discover the existence of the Vampire and Lycan clans, a war to eradicate both species commences. The vampire warrioress Selene leads the battle against humankind. (source from ImDb)
Malam tadi pergi tengok movie Underworld ni dengan En Tunang. Dah lama xpergi dating tengok movie. Dua2 busy memanjang je. So kitorang tengok la Underworld ni sebab tu je tiket yang available pukul 9. Dah habis tengok baru la En Tunang cakap yang movie ni dah ada banyak sequel. Patutla aku ni satu hape pun xpaham masa movie ni start.

So far aku pahamla sequel yang ni. Selene tu dah ada anak hybrid dengan Lycans tu. Pastu dia nak selamatkan anak dia tapi geng2 Lycans yang jahat aka saintis2 Antigen ni pergi culik anak dia untuk buat eksperimen. Tapi Selene dapat jugak selamatkan anak dia.

Overall okla movie ni. So siapa2 yang dah pernah follow Underworld ni, better korang tengok sequel yang ni plak.


p/s: smart plak tengok costume yang Selene tu pkai ;p

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Thursday, January 19, 2012

Aku, Lim dan Islam..

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak, Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. Kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 


     20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. Maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. 

     Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. 

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago.".

..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

     Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. 
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 

"Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang", ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. 

Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

"Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?...".
"Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?".
"Kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?".
"Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?".
"Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia , negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?".

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

"Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? Kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau di dalam keluarga Islam. Tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.".

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

"Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal.. Sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.".

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! Dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

     Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku Islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.



p/s: Entry ini aku copy dari blog Farah Lee @ bakal wife Ally Iskandar. Memang banyak sangat pengajaran yang aku boleh dapat dari entry tu.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Wednesday, January 18, 2012

Derma Majalah



Ni koleksi majalah lama aku. Tadi kasi kat member ofis sebab dia ada buat Kempen Membaca Sambil MEnunggu. Maybe majalah2 ni akan didermakan dekat klinik2 di Putrajaya. Sambil menunggu tu bolehlah orang baca buku :-)

Published with Blogger-droid v2.0.3

Flashmob Krew Mas @ KLIA

Balik dari ofis semalam, aku perasan dekat wall Chef Wan ada satu video Flashmob Mas Crew - Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA. Memang best jugakla tengok video ni.

Bermula dengan menyanyikan lagu tema MAS, “We Fly”, kumpulan tersebut mengalunkan pula lagu yang dipopularkan Janet Jackson yang berjudul “Miss You So Much” yang dinyanyikan oleh seorang gadis yang disambut teman lelakinya dengan gitar, romantik rancak!

Kemudian, seorang lelaki pula muncul menyanyikan lagu “Istana Menanti” yang dipopularkan oleh Rahim Maarof, sambil mencari-cari kekasihnya yang mungkin dijadualkan tiba dari luar negara.

Ketika suasana sedang sayu melihat lelaki tersebut tercari-cari kekasihnya, seorang gadis berbangsa India menyapa dan dia terus menyanyikan lagu hindustan yang menceriakan, “Aankhein Khuli” yang dipetik dari filem terkenal, Mohabbatein.

Seterusnya, sekumpulan ‘aweks’ pula mengambil giliran masing-masing dengan menyanyi riang ria menyambut kepulangan teman-teman lelaki masing-masing dengan menyampaikan lagu “My Boyfriend’s Back”.

Seorang pemuda berbangsa Cina yang baru tiba bersama sekumpulan pelancong pula tiba-tiba mengambil alih persembahan dengan menyanyikan lagu berbahasa Cina, “Lang Hua Yi Duo Duo” yang dipopularkan oleh penyanyi Richie Ren.

Persembahan diteruskan pula dengan nyanyian lagu “Rindu”, “Balik Kampung” dan “Signed, Sealed, Delivered” yang disampaikan oleh sekumpulan krew kabin yang segak bergaya serta lengkap berpakaian MAS. (credit to MyNewsHub)



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.




banner

Monday, January 16, 2012

Terukir Di Bintang by Yuna

Lagu Terukir Di Bintang ni sedap and catchy. Me likey :) Hari2 play lagu ni je sebab best sangat.



Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..


Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Blog yang boleh pecah perut and berilmiah

Hari ni aku nak share dengan korang 2 blog yang selalu sangat aku baca. Entry diorg berdua ni sangat senang nak difahami. Memang banyak input yang boleh dapat and at the same time boleh buat korang ketawa xhengat dengan gaya penceritaan diorg ni. Serius best baca blog diorg ni :)

Rasa Hati
Yang Penting Rupa

Terjahla 2 blog ni sekarang. Xrugi baca.heheh

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Thursday, January 12, 2012

Kagum dengan budak ni

Tadi time boring nak buat keje, blogwalking jap kat blog Hazrey. Kat dalam blog tu ade video pasal 2 orang budak yang sangat amazing. Korang tengokla sendiri ni.

 
"When Ellen saw 8-year-old Sophia Grace and her 5-year-old cousin Rosie perform, she wanted them on the show right away. And they're here! All the way from England, these two amazing girls performed a Nicki Minaj song, and you just have to see it to believe it."

Pastu Ellen ni bawa Nicki Minaj jumpa budak2 tu. Harusla diorang terus excited especially Sophia Grace.



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

.:Resepi Hari Ini - Blueberry Muffin:.





Disebabkan banyak bahan bakery dalam fridge tu, saya pun dengan rasa yang amat rajin pergi try buat muffin. Padahal dah nak pukul 12malam. Tapi sebab rasa nak sangat buat, so tryla buat muffin guna resepi dari Nigella. Saya try guna resepi Basic Muffin.

Basic Muffins
source: Nigella Lawson

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan gula
  • 1biji telur
  • 1cawan susu
  • 1/2 cawan butter (dicairkan)
additional: Blueberry filling

Cara-cara membuat:
  1. Panaskan oven 180degree
  2. Campurkan tepung, gula, garam dan baking powder dalam mangkuk. Masukkan telur yang dah dipukul, susu dan butter. Gaulkan sampai sebati dengan hanya menggunakan spatula. Adunan tidak akan menjadi rata.
  3. Sudukan sedikit adunan kedalam muffin cup.
  4. Disebabkan saya nak buat muffin blueberry, paipkan sedikit blueberry filling ke dalam adunan. Kemudian tambahkan lagi adunan di dalam cup tersebut.
  5. Bakar didalam oven selama 20-25 minit atau pun sehingga masak.
* sekiranya membuat muffin blueberry, gunakan hanya 1/2 cawan gula.


~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

Tuesday, January 10, 2012

Mau order?


Siapa rasa nak order blueberry cheese tart dengan aku, dipersilakanlah ye.....dijamin sedap n saiz dah dibesarkan sikit. Thanks Noddy sebab komen tart aku haritu :)

Kalau korang xsuke blueberry, boleh jugak amik filling strawberry, coklat atau pun kiwi.

Minimum order 30biji = RM25.

Kalau nak order, bolehla isi order form ye. nanti aku reply semua email2 korang tu :)

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Monday, January 9, 2012

My 1st Cheque for 2012



Thanks Nuffnang. Happy sangat dapat cek ni even sikit je pun. Saje cash out kan biar nampak sebagai permulaan 2012 yang best :)

Sebenanrnya dah banyak kali aku dapat cek, tapi pemalas lipas nak update dalam blog. Hopefully lepas ni makin masyuk. Owh, aku pun harus rajin update blog. BE kat blog ni dah xde. Blog Coklat aku tu plak yang ade BE even ciput je pun. Syukur!

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Congrats K.Ezani @ 1st Masterchef Malaysia

Rasanya 1 Malaysia dah tau yang Ezani Farhana adalah pemenang pertama Masterchef Malaysia. Penuh timeline twitter and wall fb dengan ucapan congrats to her SEBAB...........






Kak Ezani adalah ex-schoolmate aku :) Dorm dia sebelah dorm aku je dulu. She's one of the best student in STF, drum majorette. Memang bersemangat SERIKANDI semua STFians malam tadi.Memang bangga sangat ada senior yang pandai and berbakat besar macam dia.

Follow her now!
Twitter: @ezanimonoto
FB: Ezani-Masterchef-Malaysia
Blog: ZestByEzani 


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner
...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.