Thursday, January 12, 2012

.:Resepi Hari Ini - Blueberry Muffin:.





Disebabkan banyak bahan bakery dalam fridge tu, saya pun dengan rasa yang amat rajin pergi try buat muffin. Padahal dah nak pukul 12malam. Tapi sebab rasa nak sangat buat, so tryla buat muffin guna resepi dari Nigella. Saya try guna resepi Basic Muffin.

Basic Muffins
source: Nigella Lawson

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 cawan gula
  • 1biji telur
  • 1cawan susu
  • 1/2 cawan butter (dicairkan)
additional: Blueberry filling

Cara-cara membuat:
  1. Panaskan oven 180degree
  2. Campurkan tepung, gula, garam dan baking powder dalam mangkuk. Masukkan telur yang dah dipukul, susu dan butter. Gaulkan sampai sebati dengan hanya menggunakan spatula. Adunan tidak akan menjadi rata.
  3. Sudukan sedikit adunan kedalam muffin cup.
  4. Disebabkan saya nak buat muffin blueberry, paipkan sedikit blueberry filling ke dalam adunan. Kemudian tambahkan lagi adunan di dalam cup tersebut.
  5. Bakar didalam oven selama 20-25 minit atau pun sehingga masak.
* sekiranya membuat muffin blueberry, gunakan hanya 1/2 cawan gula.


~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

3 comments:

Noraim said...

waaahhhh, rajinnya buat muffin. mest sedap kan? huhu.

stormz said...

@Noraim: sedap!! licin dah bawak g ofis :)

RazFiRa said...

ermmm.. nampak sedap la.. :)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.