Thursday, February 23, 2012

.: Resepi Hari Ini - Sambal Tumis Udang :.




Bahan - Bahan:
  • 20 ekor udang (dibuang kepala dan 1/2 kulit)
  • 15 biji lada kering (direbus dan dikisar)
  • 1 biji lada merah  (direbus dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 biji bawang putih (dikisar)
  • 1 keping asam keping
  • Gula & Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Daun sup & daun bawang sebagai hiasan (dihiris)


Cara-Cara Memasak: 
  1. Panaskan minyak untuk menumis
  2. Tumiskan bawang merah dan putih yang dikisar sehingga naik bau/kekuning-kuningan.
  3. Selepas itu,  masukkan pula cili kering, lada merah yang telah dikisar dan juga asam keping. Masak selama 3-5 minit atau sehingga menggelegak.
  4. Masukkan udang. Masak sehingga minyak naik.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris dan juga sedikit daun sup.
  6. Biarkan sehingga pekat dan minyak naik.
  7. Kemudian angkat dan tabur daun sup dan daun bawang. 

~ SELAMAT MENCUBA ~


Tips/ Petua: Lada merah yang ditambah itu adalah untuk memerahkan sambal. Kalau guna cili kering je, sambal akan menjadi merah gelap.

Untuk menyimpan lada kisar untuk jangka masa yang lama, elokla direbus dulu cili kering. Kemudian semasa kisar tu, tambahkan minyak masak supaya biji2 lada hancur semasa mengisar. Xdela nampak sebiji2 biji lada time makan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.