Tuesday, March 27, 2012

.: Resepi Hari Ini - Pai Maggi :.

Hari ni nak share dengan korang resepi Pai Maggi. Dulu masa kat STF, tiap kali ada Sumbangsih atau hari jualan mesti akan ada student jual Pai Maggi ni. Ada jugak orang yang panggil Murtabak Maggi. Tak kisahla nama ape pun kan, tapi benda yang sama je :)


Bahan-bahan:
  • 3 Paket Mi Maggi Kari (Direbus tanpa serbuk perencah)
  • 4 biji telur (bersaiz besar) -->kalau xcukup, boleh tambah lagi
  • 2 paket serbuk perencah kari Mi Maggi
  • Sedikit Carrot (dipotong halus)
  • Daun sup (untuk hiasan)
  • Daun bawang (untuk hiasan)
  • Bawang goreng (untuk hiasan)
  • Minyak
Cara-cara Memasak:
  1. Pecahkan telur dan masukkan serbuk perencah kedalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.
  2. Masukkan sedikit mi maggi yang telah direbus dan ditos kedalam campuran telur.
  3. Masukkan sedikit carrot. Gaulkan.
  4. Panaskan minyak kedalam kuali leper atau pun non-stick pan
  5. Masukkan mi maggi yang bersalut telur dan carrot kedalam kuali. Ratakan seperti membuat lempeng.
  6. Terbalikkan sekiranya bahagian bawah telah masak. Biarkan kedua-dua bahagian masak sempurna.
  7. Ulang sehingga mi maggi anda habis.
  8. Hidangkan dengan menabur daun bawang, daun sup dan bawang goreng ke atas pai maggi. Boleh dimakan bersama dengan sos cili atau pun sos lada hitam
~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.
banner

2 comments:

Nava.K said...

Simple and easy to make.

iylia said...

Yes.very easy n didn't take a long time to prepare n cook.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.