Wednesday, April 4, 2012

Jalan-jalan Medan - Part 1

Hari Jumaat lepas kitorang 1 family pergi bercuti ke Medan Indonesia. Tiket dah beli last year time Air Asia buat promotion 10sen. Perjalanan dari LCCT ke Polonia Airport Medan berjalan dengan lancar. Takde problem pape dengan imigresen. Trip kali ni kiranya first time kitorang adik beradik pergi luar negara. Ayah aku dah biasa pergi oversea n ni first time dia sampai Medan.

Keluar2 je dari airport, aku pun pergi la cari orang yang pegang signange nama aku. Tapi hampeh xde sorang pun yang pegang. Tunggu2 dalam 10 minit camtu kat luar takde jugak nampak. Last2 aku call hotel and tanya kenapa takde langsung orang yang nak pick-up aku kat airport.

Bila dah call tu, boleh plak receptionist tu cakap nama aku takde langsung dalam sistem diorang. Peh, bengangla jugak sebab aku dah booking dengan Agoda. Lama jugakla nak tunggu diorang check nama aku. Last2 diorang cakap nama ada n diorang akan hantar orang untuk pick-up kitorang 1family.

Sementara tunggu driver hotel sampai, kitorang lepakla kat luar airport tu. Memang banyak ulat2 datang nak suruh kitorang naik teksi diorang. Tapi kitorang just cakap hotel nak datang pick-up. Dekat luar hotel tu penuh dengan askar tengah berkawal. Pelik jap..Terus tanya orang2 kat situ kenapa banyak sangat askar.


Rupa2nya dekat Indonesia masa tu tengah ada demonstrasi pasal kenaikan minyak. Mahasiswa dekat sana berkumpul beramai2 untuk bantah kenaikan minyak hampir 2000 rupiah.


Tak lama lepas tu barulah nampak kelibat van Hotel Madani. Kitorang terus je naik. Driver van tu cakap jalan kat Medan banyak tutup n macet teruk sebab demo ni. Sampai2 hotel terus check-in n rehat kejap.



Bilik hotel ok tapi nampak macam dah lama. Ade kesan crack sket dekat dinding hotel. Aku booked Hotel Madani ni through Agoda. Madani Hotel Medan ni merupakan Muslim 4 star hotel di Medan yang menepati syariah. Pasangan yang bukan mahram tak dibenarkan duduk dalam 1 bilik. Segala jenis arak dilarang masuk ke dalam bilik hotel.



Lepas dah rehat kejap, kitorang turun bawah n tanya kat receptionist pasal restoran muslim. So diorang kasi la direction. Lebih kurang dalam 300 meter, ada banyak restoran yang boleh pergi. Ada Rumah Makan Famili, Rumah Makan ACC & Rumah Makan Wong Solo.

- Suasana dalam Rumah Makan Famili -
So kitorang decide nak makan dekat Rumah Makan Famili sebab nak try makan nasi padang. Kitorang jalan kaki je pergi situ sebab dekat. Adala jugak orang offer naik becak, tapi malas nak amik.



Banyak betul lauk yang dihidangkan. Tapi nanti dia kira apa yang kita makan je. So yang mana rasa xnak makan, janganlah cuit ye. Nanti dia kira sekali.

Lauk nasi padang haritu mostly ade unsur2 kari. Rasa lauk2 tu 'kureng' sikit n tak menepati selera tekak kitorang.


Tapi disebabkan lapar, kitorang makan jela. Lagipun baru sampai situ n xtau kat mana yang sedap.


Lepas makan kitorang balik bilik dulu sebab ayah n adik aku nak pergi solat Jumaat dulu dekat Masjid Raya. Lagipun masjid tu betul2 depan hotel je. Dalam pukul 12.30 tu dah azan zohor.

Dah habis Jumaat tetiba ayah aku call suruh aku anta kasut kat dia sebab selipar hotel yang dia pakai kena curi dengan pengemis. Nasib baik xpakai kasut, kalau x kenala cari yang baru.


Masjid Raya ni merupakan salah satu tourist attraction di Medan. Betul2 berhadapan dengan Hotel Madani dan bersebelahan dengan Pasaraya Yuki Simpang Raya. Dekat perkarangan masjid ni, memang banyak sangat pengemis aku tengok. Dahla ada yang siap pegang2 tangan kitorang nak suro derma kat diorang.

- Lupa nak amik gambar masjid ni. So ni hasil Google -
- Yuki Simpang Raya -
Dekat Yuki Simpang Raya ni pun banyak restoran n McD. So senangla kalau nak pergi makan.


Gerai-gerai tepi jalan jugak banyak dekat sebelah Masjid Raya ni. Tapi xtaula tahap kebersihan diorang sediakan food camna. So sebagai langkah berhati2, kitorang makan kat tempat yang ok sikit like restaurant n food court.





p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.



banner

3 comments:

MakSuSuE said...

SALAM, sy nk g medan 17-20nov'12 ni..cdg duk kt madani hotel..ok x hotel ni..rumah mkn mana yg betul2 sdp.

MakSuSuE said...

salam...sy nk g medan 17-20nov'12..cdg nk duk hotel madani, ok x hotel ni..kt mana tmpt mkn yg sdp area situ..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.