Thursday, April 19, 2012

.: Resepi Hari Ini - Homemade Caramel Popcorn :.


Dah lama sebenarnya nak buat popcorn sendiri. Masa kecik2 ayah aku pernah buatkan untuk kitorang makan. So hari tu masa pergi Mydin, ternampak la ada tergantung biji jagung popcorn ni. Terus amik 1 pek. Harga 1 pek tu xsampai RM2 pun.

- Ni la rupenye biji jagung popcorn -
Homemade Caramel Popcorn
(source: JintanManis.com)

Bahan-bahan:
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Jagung popcorn secukupnya ---> aku guna half je pun dah dapat banyak sangat :)
  • Garam secukup rasa
 Bahan Karamel:
  • 1 sudu mentega/marjerin
  • 3-5 sudu besar gula pasir (ikut banyak mana popcorn anda)

Cara-cara membuat:
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Mula2, gunakan api yang kuat untuk panaskan minyak dan butter selama 2 minit. Kemudian, kecilkan api.
  2. Masukkan jagung sehingga menutupi dasar periuk. Tuang jagung sama rata dan sama paras dengan minyak n butter yang dah dipanaskan. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit sehingga kedengaran bunyi "pop..pop" dengan rancak. Bila bunyi dah berhenti, buka periuk dan cepat2 keluarkan popcorn.
  4. Taburkan garam secukup rasa (kalau nak buat karamel, garam tidak payah ditabur)
Karamel:
  1. Cairkan mentega dengan gula sehingga bertukar warna coklat. Matikan api dan cepat2 masukkan popcorn. Gaul sehingga rata. Berhati2 kerana karamel yang panas tu boleh menyebabkan tangan melecur kalau terkena :)

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

1 comment:

Navaneetham Krishnan said...

I am so lazy to make popcorns at home and been satisfied with the store bought ones. However nothing bets the taste of home made popcorns in terms of flavors we can add in as our liking.

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.