Friday, April 13, 2012

.: Resepi Hari Ini - Passion Fruit Yogurt Pound Cake

Hari tu masa pergi Medan,aku adalah beli sikit passion fruit @ buah markisa. Dah tinggal balance2 tu xtau dah nak buat pe. Pastu buka blog Mat Gebu, terus nampak resepi Pound Cake ni n kebetulan memang bahan2 buat kek tu memang ada dekat rumah. So apelagi...mem'baking' la malam2 buta.


Passion Fruit Yogurt Pound Cake
(Source: Mat Gebu)

Bahan-bahan:
  • 110 gram mentega
  • 160 gram gula kastor (aku letak 140g je mcm Mat Gebu. Tu pun dah manis)
  • 150 gram tepung gandum *
  • 1 1/2 camca teh baking powder *(*disatukan dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 120 gram plain yogurt
  • 4 camca besar jus markisa (dari 3 biji buah markisa, ambik isi nya, letak dalam tapis dan tekan utk mendapatkan jusnya)
  • Secubit garam
Cara-cara Membuat:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 8 inci x 3.5 inci x 3 inci dengan mentega. Alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan. ---> (Aku guna tin yang ada kat rumah je. xikut saiz ni pun)
  2. Putar mentega dengan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga gebu. Perlahankan kelajuan dan masukkan yogurt sedikit demi sedikit. Putar hingga sebati.
  3. Masukkan tepung,garam berselang seli dengan jus buah markisa tadi, hingga habis, putar hingga semua sebati dan terus matikan mixer, jangan terlebih putar.
  4. Tuang dalam tin dan bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluarnya bersih tanda kek anda telah masak. Biar kan seketika dalam tin sebelum dikeluarkan. Sejukkan atas redai sebelum dipotong.
p/s: kek ni akan menurun sikit lepas dah bakar. Tapi still lembut and gebu tekstur dia.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner