Tuesday, May 22, 2012

.: Resepi Hari Ini - Bread Butter Pudding :.



Bread Butter Pudding
(Source: Inahar's Cooking Time)

Bahan-bahan:
  • 10 keping roti Gardenia
  • 500 ml susu UHT/Fresh Milk
  • 300 ml whipping/Fresh cream --> xletak tapi ganti dengan susu. still sedap
  • 5 biji telur
  • 100 g gula castor
  • 30 g gula castor (untuk ditabur dia atas puding before dibakar)
  • 50 g raisins
  • Sedikit potongan nenas di dalam tin --> xletak pun sebab xde kat rumah.
  • Butter (untuk disapu pada setaip roti)
  • Esen vanilla
Cara-cara Membuat:
  1. Telur dan gula dipukul sehingga gula hancur.
  2. Kemudian masukkan susu, fresh cream dan esen vanilla. Pukul sampai sebati.
  3. Susun roti yang telah disapu butter ke dalam loyang pembakar. Lapiskan raisins dan nenas diantara kepingan roti dan dibahagian atas sekali.
  4. Tuangkan bancuhan susu tadi ke dalam loyang.
  5. Taburkan gula castor ke atas puding supaya akan caramelised.
  6. Bakar di dalam oven 180 C secara water bath/ bain marie (letak loyang ke dalam dulang yang berisi air) selama 40-45 minit atau sehingga masak.

Selepas dibakar, puding ni akan menjadi lembut dan texturenya seakan-akan puding karamel. Sesuai sangat dimakan dengan sos kastad.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

1 comment:

Shepha said...

aku takde oven.ade microwave je,boleh alternate to microwave x?

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.