Tuesday, July 24, 2012

.: Resepi Hari Ini - Bubur Cetil @ Candil :.





Dari 1st day puasa lagi dah cakap dengan ayah nak makan bubur cetil ni. Selalu arwah nenek yang buat. Tapi semalam kitorang buat n menjadi :) Yayy!! Tak taula bubur ni makanan orang Johor atau pun orang Jawa. Ada certain orang panggil Bubur Candil. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan:


  • 1/2 peket tepung pulut
  • Air
  • Sedikit garam
  • Pewarna makanan
  • 1 kotak santan yang kecil
  • Gula melaka (ikut tahap kemanisan masing)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara memasak:

  1. Satukan tepung pulut, garam dan sedikit air.Uli sehingga adunan lembut dan kental. Bahgikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna makanan. Uli setiap adunan sehingga warna sebati.
  2. Gentel2kan adunan tersebut sebesar biji guli. Buat sehingga habis.
  3. Didihkan air di dalam periuk. Rebuskan semua tepung pulut yang teah digentel. Bila tepung pulut tu dah timbul dekat permukaan air, angkat tepung pulut tu dan toskan semua.
  4. Dalam periuk yang lain. Masukkan air (ikut korang nak kuah banyak mana), daun pandan dan gula melaka. Didihkan...
  5. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan santan. Biarkan sehingga masak.
  6. Apabila kuah santan dah masak, masukkan kedalm mangkuk yang telah diisi dengan tepung pulut yang telah digentel tadi.
  7. Sedap dimakan time panas ataupun sejuk.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Jalan-jalan Medan - Part 2

Hello2 korang...harini aku nak update pasal trip pergi Medan haritu. Padahal dah lebih 3 bulan pergi. Tapi baru terhegeh-hegeh nak update. Almaklumla..aku ni sekarang cam takda mood nak update blog. Ok, jom aku sambung bercerita...


Kan dekat Part 1 aku ada cakap tie kitorang pergi sini, mahasiswa diorang tengah ada demostrasi pasal kenaikan minyak. So aku sempatla ambil gambar2 diorang time kat depan Masjid Raya. Ramai gila yang berdemo. Nasib baik diorang takde baling2 barang kat public.

- curi2 ambil gambar dari jauh. Orang2 kat hotel pun semua keluar jengah kat koridor -

- kedai kain baju dan telekung -
Suppose lepas solat Jumaat tu, kitorang nak plan pergi Pasar Ikan @ Pajak Ikan. Eh, ni bukan pasar jual ikan tau..ni pasar jual kain-kain kat Medan. Tapi pak supir cakap, jalan nak pergi Pasar Ikan tu tutup disebabkan orang berdemo betul2 dekat dengan Pasar Ikan tu.

So pak supir ajak kitorang pergi 1 kedai ni. Banyak kain-kain pasang, telekung n tudung ada dijual dekat situ. Tapi xtau pulak nama kedai sebab main masuk ikut pak supir je. Lagipun sepanjang kitorang dekat sana, hujan yang maha lebat sentiasa turun je. Tu yang main lari2 je xsempat nak tengok nama kedai.

Lepas dah memborong barang kat kedai tu, pak supir tu bawa kitorang pergi Medan Mall dengan Pasar Petisah. Memang banyak barang-barang macam baju, jeans,tudung,telekung etc ada dijual dekat situ. Masa jalan-jalan dekat situ, terus malas nak ambik gambar.ehhehee 

- see! bukti time kitorang datang dekat Medan tu hujan lebat -

- banjir kilat jugak dekaat certain area -
Hujan-hujan lebat pun, pak supir ni bawak juga kitorang round bandar Medan. Kedai-kedai dekat sana tutup awal lebih kurang pukul 6 camtu dah tutup.


Balik daripada pusing-pusing bandar Medan, kitorang singgah Amaliun Foodcourt. Foodcourt ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Madani. Banyak pilihan makanan yang ada dekat situ. So, kalau korang duduk kat Hotel Madani tu, tak payah risaulah pasal tempat makan. Memang dekat keliling hotel tu, banyak kedai makan.

- Jus buah dekat sini best2 -


- Murtabak dekat kedai tu sedap sangat n crunchy -

- soto padang -
Kalau dekat sini, soto kan kita makan dengan nasi impit. Tapi dekat sana, diorang guna nasi.

- Es Teler. Bolehla...Tapi dekat Medan Mall ada Restoran Es Teler -

- Mie Ayam sumting2...lupa dah nama mie ayam ni. Sangat sedap sampai the next day pun aku order ni -

- Jus Alpukat - Avocado + coklat -

- Nasi ayam penyet. Kureng sket. Aku lagi suka nasi ayam penyet dekat Wong Solo dengan Ayam Penyet AP -

Sebenarnya banyak food kitorang order. Tapi xsempat nak ambil gambar. Bila dapat food, terus laju-laju makan. Lapar gila kot sebab hujan je kat sana.


Lepas dinner dekat Amaliun Foodcourt tu, kitorang singgah Pasaraya Yuki. Saja nak cuci-cuci mata tengok ada apa dekat dalam pasaraya tu. Dekat je pasaraya ni dengan hotel. Lintas jalan, terus sampai. Boleh tahan jugak barang-barang dalam tu. Aku perasan jugak banyak handbag dekat situ semua imitation, tapi cara diorang susun tu macam kita ni ada dekat high end boutique.

Baju-baju pun murah dekat sini n kualiti pun ok. Banyak juga ayah aku n adik aku borong baju dekat situ. Groceries pun ada juga dijual dekat Yuki ni.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Sunday, July 22, 2012

.: Resepi Hari Ini - Agar-agar Buah Koktail :.


Bahan-bahan:

  • 1 peket serbuk agar-agar (tidak berwarna)
  • 250 g air
  • 150 g gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin buah koktail
  • Sedikit pewarna

Cara-cara memasak:

  1. Sejukkan dulu acuan agar-agar ke dalam peti sejuk.
  2. Masukkan serbuk agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga serbuk agar-agar dan gula larut.
  3. Toskan buah koktail. Jangan dibuang airnya.
  4. Keluarkan acuan dari peti sejuk. Masukkan 1 senduk agar-agar yang panas itu kedalam acuan.
  5. Kemudian susun buah-buah koktail di dalam agar-agar tersebut. Masukkan sedikit lagi agar-agar sehingga menutupi lapisan buah.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  7. Untuk baki agar-agar yang tadi, masukkan air buah koktail, susu cair dn sedikit pewarna. Kacau di atas api yang kecil.
  8. Apabila lapisan agar-agar yang transparent tu dah keras, keluarkan dari peti sejuk. Cucuk sedikit lapisan tersebut dengan garfu supaya lapisan transparent akan melekat dengan lapisan susu.
  9. Masukkan agar-agar susu kedalam acuan sehingga habis.
  10. Sejukkan kembali didalam peti sejuk lebih kurang 1-2jam.
  11. Sedap dihidang sewaktu sejuk :)

~ SELAMAT MENCUBA ~




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Saturday, July 21, 2012

Selamat Berpuasa

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang singgah ke blog saya ni :)

Semoga kita mendapat keberkatan di bulan Ramadan tahun ini.

Rajin-rajin la kita menambah amalan sunat di bulan ini ----> pesanan untuk diri sendiri.


Thursday, July 19, 2012

Good Bye Holidaycity.com

Hari ni last day aku kat Holiday City. After 3 tahun lebih kat sini, macam2 benda dah aku belajar. Ni adalah my 1st job. next week dah kena start kerja kat Ampang. Hopefully semua berjalan dengan lancar, dapat kawan2 yang best, bos yang best n environment kerja yang best.

- department IT yang macam lab kat level atas. sekarang dah xmacam ni lagi -




- inter department handball tournament -




- Event Hari Raya @ Bayou Coffee House Cyberjaya -





Ni bestfriend aku - K.Julie @ meriah ceria.Dia ni la yang start tegur aku dulu masa 1st day kerja. Memang over peramah. Macam2 dah benda yang kitorang buat n lalui bersama..Ada yang happy n ada juga yang xhappy. Thanks K.Julie :)

*** Nak Promo kejap dekat sini. Kalau korang nak cari hotel-hotel yang murah dan bersesuaian dengan bajet, korang bolehla buka website Holidaycity. Macam-macam jenis hotel dekat pelbagai negara ada dalam 1 website. ***


website: http://www.holidaycity.com
Facebook: http://www.facebook.com/Holcity
Twitter: twitter.com/holiday_city

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Wednesday, July 18, 2012

.: Resepi Hari Ini - Muffin Pisang :.


Banana Muffin
Source: Kak Rima Bisous a Toi

Bahan-bahan:
  • 3 biji pisang (lenyekkan) - saya guna 5 biji sebab pisang kecil
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 1/3 cawan butter (di cairkan)
  • 1 1/2 cawan tepung serbaguna - saya guna tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • Chocolate chip - untuk hiasan

Cara-cara Membuat:

  1.  Panaskan oven 175C. Letakkan bekas muffin kedalam tray muffin
  2. Lenyekkan pisang. Kacau sebentar
  3. Masukkan gula dan kacau lagi
  4. Pecahkan telur..Kacau lagi
  5. Masukkan butter yang telah dicairkan dan esen vanilla. Kacau lagi adunan tersebut
  6. Akhir sekali masukkan tepung, baking soda, baking powder dan garam yang telah diayak kedalam adunan tadi. Kaup balik adunan tesebut sehingga rata.
  7. Masukkan adunan kedalam bekas muffin dan hiaskan dengan chocolate chip dan pisang di atas muffin.
  8. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 20 minit.

~ SELAMAT MENCUBA ~



p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

Monday, July 9, 2012

Aku Yang Berdosa


Aku Yang Berdosa - Shahir

Sejauh mana langkah ku di sana
aku melupakan mu
Seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padamu

segalanya dusta
gelap menggaburi ku

Ya Allah,
apa yang bisa
ku tebus kepadamu
atas dosaku..

Ya Allah
hina terasa
biar ku bersujud
untuk ke syurga-Mu

(Video & lirik: )


p/s: Single terbaru Shahir. Mendalam betul maksud lagu ni.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Besar Betul Burger Yazid Shah Alam

Baru-baru ni masa nak hantar adik aku balik UITM, sempatlah jugak aku singgah makan Burger Yazid Shah Alam yang orang dok heboh cakap tu. Dah banyak kali aku tengok keluar dekat TV3.

- Burger Yazid 1/2 kg = RM 20 -
Roti dan daging burger tu diproses sendiri dekat kedai tu. Memang dapat rasa kelembutan roti n daging tu pun still rasa juicy. Kalau korang datang, korang boleh pilih nak roti, sos, sayur,buah, cheese ikut selera korang masing2.

- keratan rentas burger YB -

Beef patty tu memang tebal. Penat nak habiskan burger 1/2 kg tu even makan bertiga. Kalau ikutkan burger ni, besar n susah nak makan. Jangan risau, pisau disediakan. Korang boleh potong sebanyak mana potongan untuk memudahkan korang menikmati hidangan burger ni :)

- Yang kaler merah tula kedai burger besar -
Kebetulan masa kitorang sampai haritu xramai orang. So less than 30 minutes dah dapat burger. By the time kitorang nak balik tu, queue dah jadi panjang gila.

Korang ada tengok tak Jalan-Jalan Cari Makan dekat TV3 semalam? Kalau korang tengok, semalam Iqram Dinzly ada makan dekat kedai Yazid Burger ni. Terus rasa terliur nak pg makan lagi bila tengok si Iqram tu makan.

Kalau korang nak pergi makan, ni lah address nya:

Bawah Restoran Mee Ketam
Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam (Belakang UNiSEL)


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

Sunday, July 8, 2012

.: Resepi Hari Ini - Jemput-jemput Sukun :.

Bahan-bahan:
- 1 biji buah sukun yang dah masak ranum
- 1 biji telur
- Tepung secukupnya
- Gula & garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Hancurkan buah sukun.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit serta sedikit garam dan gula.
3. Masukkan telur. Gaul sehingga sebati.
4. Goreng dengan minyak yang panas.

~ SELAMAT MENCUBA~

P/s: Jemput-jemput sukun ni sedap dicicah dengan sambal tumis ikan bilis.


...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.