Monday, July 9, 2012

Besar Betul Burger Yazid Shah Alam

Baru-baru ni masa nak hantar adik aku balik UITM, sempatlah jugak aku singgah makan Burger Yazid Shah Alam yang orang dok heboh cakap tu. Dah banyak kali aku tengok keluar dekat TV3.

- Burger Yazid 1/2 kg = RM 20 -
Roti dan daging burger tu diproses sendiri dekat kedai tu. Memang dapat rasa kelembutan roti n daging tu pun still rasa juicy. Kalau korang datang, korang boleh pilih nak roti, sos, sayur,buah, cheese ikut selera korang masing2.

- keratan rentas burger YB -

Beef patty tu memang tebal. Penat nak habiskan burger 1/2 kg tu even makan bertiga. Kalau ikutkan burger ni, besar n susah nak makan. Jangan risau, pisau disediakan. Korang boleh potong sebanyak mana potongan untuk memudahkan korang menikmati hidangan burger ni :)

- Yang kaler merah tula kedai burger besar -
Kebetulan masa kitorang sampai haritu xramai orang. So less than 30 minutes dah dapat burger. By the time kitorang nak balik tu, queue dah jadi panjang gila.

Korang ada tengok tak Jalan-Jalan Cari Makan dekat TV3 semalam? Kalau korang tengok, semalam Iqram Dinzly ada makan dekat kedai Yazid Burger ni. Terus rasa terliur nak pg makan lagi bila tengok si Iqram tu makan.

Kalau korang nak pergi makan, ni lah address nya:

Bawah Restoran Mee Ketam
Kompleks Anjung 7,
Jalan Zirkon B 7/B,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam (Belakang UNiSEL)


p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

2 comments:

Jaa said...

aa, ada tgk semlm.. macam best jer...

aku bukan patung said...

waahh..xpyh mkn nasi dah,.burger bsr gedabak ni pun dah cukup..=)

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.