Tuesday, July 24, 2012

Jalan-jalan Medan - Part 2

Hello2 korang...harini aku nak update pasal trip pergi Medan haritu. Padahal dah lebih 3 bulan pergi. Tapi baru terhegeh-hegeh nak update. Almaklumla..aku ni sekarang cam takda mood nak update blog. Ok, jom aku sambung bercerita...


Kan dekat Part 1 aku ada cakap tie kitorang pergi sini, mahasiswa diorang tengah ada demostrasi pasal kenaikan minyak. So aku sempatla ambil gambar2 diorang time kat depan Masjid Raya. Ramai gila yang berdemo. Nasib baik diorang takde baling2 barang kat public.

- curi2 ambil gambar dari jauh. Orang2 kat hotel pun semua keluar jengah kat koridor -

- kedai kain baju dan telekung -
Suppose lepas solat Jumaat tu, kitorang nak plan pergi Pasar Ikan @ Pajak Ikan. Eh, ni bukan pasar jual ikan tau..ni pasar jual kain-kain kat Medan. Tapi pak supir cakap, jalan nak pergi Pasar Ikan tu tutup disebabkan orang berdemo betul2 dekat dengan Pasar Ikan tu.

So pak supir ajak kitorang pergi 1 kedai ni. Banyak kain-kain pasang, telekung n tudung ada dijual dekat situ. Tapi xtau pulak nama kedai sebab main masuk ikut pak supir je. Lagipun sepanjang kitorang dekat sana, hujan yang maha lebat sentiasa turun je. Tu yang main lari2 je xsempat nak tengok nama kedai.

Lepas dah memborong barang kat kedai tu, pak supir tu bawa kitorang pergi Medan Mall dengan Pasar Petisah. Memang banyak barang-barang macam baju, jeans,tudung,telekung etc ada dijual dekat situ. Masa jalan-jalan dekat situ, terus malas nak ambik gambar.ehhehee 

- see! bukti time kitorang datang dekat Medan tu hujan lebat -

- banjir kilat jugak dekaat certain area -
Hujan-hujan lebat pun, pak supir ni bawak juga kitorang round bandar Medan. Kedai-kedai dekat sana tutup awal lebih kurang pukul 6 camtu dah tutup.


Balik daripada pusing-pusing bandar Medan, kitorang singgah Amaliun Foodcourt. Foodcourt ni betul-betul bersebelahan dengan Hotel Madani. Banyak pilihan makanan yang ada dekat situ. So, kalau korang duduk kat Hotel Madani tu, tak payah risaulah pasal tempat makan. Memang dekat keliling hotel tu, banyak kedai makan.

- Jus buah dekat sini best2 -


- Murtabak dekat kedai tu sedap sangat n crunchy -

- soto padang -
Kalau dekat sini, soto kan kita makan dengan nasi impit. Tapi dekat sana, diorang guna nasi.

- Es Teler. Bolehla...Tapi dekat Medan Mall ada Restoran Es Teler -

- Mie Ayam sumting2...lupa dah nama mie ayam ni. Sangat sedap sampai the next day pun aku order ni -

- Jus Alpukat - Avocado + coklat -

- Nasi ayam penyet. Kureng sket. Aku lagi suka nasi ayam penyet dekat Wong Solo dengan Ayam Penyet AP -

Sebenarnya banyak food kitorang order. Tapi xsempat nak ambil gambar. Bila dapat food, terus laju-laju makan. Lapar gila kot sebab hujan je kat sana.


Lepas dinner dekat Amaliun Foodcourt tu, kitorang singgah Pasaraya Yuki. Saja nak cuci-cuci mata tengok ada apa dekat dalam pasaraya tu. Dekat je pasaraya ni dengan hotel. Lintas jalan, terus sampai. Boleh tahan jugak barang-barang dalam tu. Aku perasan jugak banyak handbag dekat situ semua imitation, tapi cara diorang susun tu macam kita ni ada dekat high end boutique.

Baju-baju pun murah dekat sini n kualiti pun ok. Banyak juga ayah aku n adik aku borong baju dekat situ. Groceries pun ada juga dijual dekat Yuki ni.

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.