Sunday, July 22, 2012

.: Resepi Hari Ini - Agar-agar Buah Koktail :.


Bahan-bahan:

  • 1 peket serbuk agar-agar (tidak berwarna)
  • 250 g air
  • 150 g gula
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin buah koktail
  • Sedikit pewarna

Cara-cara memasak:

  1. Sejukkan dulu acuan agar-agar ke dalam peti sejuk.
  2. Masukkan serbuk agar-agar, air dan gula ke dalam periuk. Masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga serbuk agar-agar dan gula larut.
  3. Toskan buah koktail. Jangan dibuang airnya.
  4. Keluarkan acuan dari peti sejuk. Masukkan 1 senduk agar-agar yang panas itu kedalam acuan.
  5. Kemudian susun buah-buah koktail di dalam agar-agar tersebut. Masukkan sedikit lagi agar-agar sehingga menutupi lapisan buah.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  7. Untuk baki agar-agar yang tadi, masukkan air buah koktail, susu cair dn sedikit pewarna. Kacau di atas api yang kecil.
  8. Apabila lapisan agar-agar yang transparent tu dah keras, keluarkan dari peti sejuk. Cucuk sedikit lapisan tersebut dengan garfu supaya lapisan transparent akan melekat dengan lapisan susu.
  9. Masukkan agar-agar susu kedalam acuan sehingga habis.
  10. Sejukkan kembali didalam peti sejuk lebih kurang 1-2jam.
  11. Sedap dihidang sewaktu sejuk :)

~ SELAMAT MENCUBA ~




p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.

banner

3 comments:

Qaseh Suhaida said...

hmm...sy suka puding.

hazanis said...

waaa..suka2 leh cuba lps nie hehhe..jom tngk2 blog saya plk http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

suria said...

saya suke puding jugak