Tuesday, July 24, 2012

.: Resepi Hari Ini - Bubur Cetil @ Candil :.





Dari 1st day puasa lagi dah cakap dengan ayah nak makan bubur cetil ni. Selalu arwah nenek yang buat. Tapi semalam kitorang buat n menjadi :) Yayy!! Tak taula bubur ni makanan orang Johor atau pun orang Jawa. Ada certain orang panggil Bubur Candil. Jom tengok resepi :)

Bahan-bahan:


  • 1/2 peket tepung pulut
  • Air
  • Sedikit garam
  • Pewarna makanan
  • 1 kotak santan yang kecil
  • Gula melaka (ikut tahap kemanisan masing)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara memasak:

  1. Satukan tepung pulut, garam dan sedikit air.Uli sehingga adunan lembut dan kental. Bahgikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna makanan. Uli setiap adunan sehingga warna sebati.
  2. Gentel2kan adunan tersebut sebesar biji guli. Buat sehingga habis.
  3. Didihkan air di dalam periuk. Rebuskan semua tepung pulut yang teah digentel. Bila tepung pulut tu dah timbul dekat permukaan air, angkat tepung pulut tu dan toskan semua.
  4. Dalam periuk yang lain. Masukkan air (ikut korang nak kuah banyak mana), daun pandan dan gula melaka. Didihkan...
  5. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan masukkan santan. Biarkan sehingga masak.
  6. Apabila kuah santan dah masak, masukkan kedalm mangkuk yang telah diisi dengan tepung pulut yang telah digentel tadi.
  7. Sedap dimakan time panas ataupun sejuk.

~ SELAMAT MENCUBA ~

p/s: Kalau korang still tercari2 hadiah untuk birthday, anniversary, doorgift perkahwinan & tunang atau pun nak makan homemade chocolate, korang bolehla terjah Sweet Cottage. Kami menawarkan pelbagai jenis homemade chocolate dengan harga yang berpatutan.


banner

No comments:

...From The Bottom of My Heart.. is a personal website. Every opinions and information contained in this website is for owner's own satisfaction. Any reliance you place on such information is therefor at your own risk. Owner will not be responsible for any damage or harm caused. Reviews, comments and opinions are welcome.